Saturday, December 31, 2011

OSBON Juara!!!

Assalamualaikum... Hai, annyeong haseyo... Aku kembali untuk menceriakan anda semua... Bla bla bla... Hahahah... Tadi aku tengok Maharaja Lawak Mega episod akhir... Huhu... Tahniah Osbon... Osbon memang best and lawak gila gila gila babeng... Hahahah... Tahniah ek korang... Aku ingat Boboi yang akan menang tapi kumpulan pilihan aku jugak jadi juara... Okay bye bye... Annyeong...

They won and they rock... Yay...

Monday, December 19, 2011

Hasut Orang Minat Korea… Heheheh…

Assalamualaikum… Annyeong haseyo… Target aku tak nak balik rumah sampai cuti Krismas nanti… Dan aku yakin aku berjaya… Lagi berapa hari je lagi nak balik… Huhu… I miss my home so much…
As stated before, kat Pilah ni sangat bosan… Ada je aktiviti yang nak di-follow tapi aku malas… Kadang-kadang je aku rajin… Ikut mood… Kalau nak main badminton, aku main la… Kalau nak dengar ceramah ke, nak join aktiviti or game anjuran kolej, aku join je… Tapi itu pon kalau nak la… Kalau tak nak, aku tak join pon… Aku tidor je… Tak pon aku layan Korea… Hahahah…
Tapi salah satu yang aku sangat suka buat ialah menghasut orang… (Tiba-tiba tumbuh tanduk setan kat atas kepala…). Aku dah hasut dua orang junior dalam rumah aku untuk minat Korea… (Aku tak paksa dorang minat… Aku hasut je… And they like it…). Heheheh…
SNSD dan kek... Kyeopta...

Caranya macam ni… Mula-mula aku sengaja bukak lagu Korea kat laptop… Pastu, buat muka heaven gila layan Korea… Seolah-olah lagu Korea sangat menyoronokkan dan terbaik… Pastu, nyanyi sikit-sikit… Menari sikit-sikit… (Tapi jangan extreme sangat… Nanti orang kata aku gila…). Pastu, dorang akan mula datang dekat dengan skrin laptop aku… Dorang tanya sikit-sikit… Aku pon citer la yang aku suka Sunny ke, ape ke… Bla bla bla…
Then, dorang semakin minat… Huhu… Pastu, aku akan promote lagu lain pulak… Pastu, dorang akan pasang lagu lain dengan sendirinya… Then, dorang akan cakap… “Best jugak lagu Korea ni…” Hahahah… Tak kenal maka tak cinta kan.. Aku pon dulu benci gila dengan Korea… Tapi dah kena hukum karma… Padan muka aku… Tapi tak susah nak hasut dorang ni… Sebab artis-artis Korea ni cute-cute… So, memudahkan operasi menghasut aku… Hahahah…
Sekarang… Rumah aku diceriakan dengan lagu Korea… (Padahal tak ceria mana pon… Saje nak over…). Aku juga terdengar beberapa lagu Korea yang tak famous(tapi best) dari dalam bilik budak rumah aku… Nampaknya dia sudah mula men-download sendiri lagu-lagu Korea… Hahahah… Syabas kepada aku… Aku sukses… (Jahat tak aku??? Tapi aku bukan setan… Cuma tak reti nak minat sorang-sorang…). Nampaknya aku berjaya menggunakan persuasion skill aku dengan baik… Babai… Annyeong…
Sunny SNSD... Budak comel... Geram pipi dia... Hahah...


Super Junior... Photoshoot A-cha...


T-Ara... Masing-masing buat muka annoying...
But I always like Jiyeon... Heheheh...

Sunday, December 11, 2011

Small Matter…

Assalamualaikum… Okey, kali ni tak payah nak mukadimah… Terus je pada tajuk yang dibincangkan nanti…(Padahal aku sorang je syok sendiri kat sini…). Baiklah, small matter… Perkataan ni orang selalu guna untuk menenangkan diri orang yang tengah bengang… Ataupun kalau dia malas nak layan orang yang mengadu kat dia… Ataupun kalau orang mengadu kat dia tapi dia rasa hal itu memang hal kecik yang tak patut dibesar-besarkan pon… Tak paham ek??? Heheheh… Seperti biasa, semua orang pon ada pendapat masing-masing… Aku pon tak terkecuali… Jadi, memandangkan aku pon punya pendapat sendiri… So, ada baiknya aku share kat sini. Anda pon boleh memberi pandangan juga… Sama ada e-mailkan kepada saya ataupon komen di ruang yang disediakan…
Kepada yang masih blur dan tak berapa paham, meh aku bagi beberapa contoh. Contoh ni banyak berlaku pada kehidupan seharian kita. Anda juga mungkin pernah mengalaminya… So, sorry kepada sesiapa yang kebetulan mempunyai cerita yang sama…
Contoh pertama…
Dari kiri: Peyton, Haley dan Brooke...

Brooke, Haley dan Peyton ialah adik-beradik dan mereka orang Amareka tapi bercakap dalam Bahasa Melayu…
Beruk,eh, Brooke: Peyt, gua bengang la dengan kakak kita tu…
Peyton: Kenapa pulak lu nak bengang, beruk? Dia buat apa?
Brooke: Dia hasut mummy. Dia cakap gua membazir beli kasut mahal. Padahal kasut tu untuk gua buat pergi camping.
Peyton: Betul ke, beruk?
Brooke: Betul la. Buat apa gua nak tipu. Kasut tu kasut getah je pun. Tujuh hengget je. Tak adalah mahal sangat. Gua beli dengan duit gua. Apa ada hal? Tak susahkan sape-sape pun. Sekarang ni mummy dah potong duit belanja aku. Abis kopak. Huh!
Peyton: Ala… Relax sudah… Small matter je pun. Mummy okeylah tu nanti. Haley tak sengaja agaknya.
Okey… Itulah situasinya. Masalahnya, hal ini mungkin kecil bagi Peyton sebab bukan dia yang berada di tempat Beruk Brooke. Brooke sekarang ni tengah rasa yang mummy dorang kehilangan kepercayaan padanya. So, sebab tu la dia rasa terancam dengan situasi tu dan fikrkan hal tu sebab bagi dia masalah tu besar. Hal Haley, dia mungkin tak berapa nak kisah kan?
Kalau tak paham lagi, meh aku bagi contoh kedua…
Sizuka, Nobita dan Hagemaru ialah kawan baik...
(Aku ketuk kepala jap lagi kalau ko tanye mana satu Nobita, mana satu Sizuka, mana satu Hagemaru... Heheheh...)

Sizuka: Nobita, you ingat tak yang Hagemaru pernah pinjam duit kita?
Nobita: Ingat. Dia pinjam dengan I 5 hengget. Tapi dia dah bayar.
Sizuka: Oh, ye ke? Dia pinjam 100 hengget dengan I tapi dia belum bayar-bayar lagi. Dah dekat 4 tahun dah dia pinjam. Dah pinjam, bukannya reti nak bayar balik. Geram I.
Nobita: Dia lupa agaknya. Kan dia nak beli ubat untuk ayah dia hari tu. Ah, lupakan ajelah. Kesian pulak kat dia. Baik you halalkan aje. Small matter aje tu. Kesian dia. (Jepun pon pandai nak halal-halal… Heheh…).
Kes ni pun sama jugak. Okay, may be Sizuka patut halalkan. Tapi bagi aku RM100 bukanlah nilai yang kecil… So, tak logik kalau Hagemaru lupa. Nobita pulak fikir hal itu hal kecik tapi cuba kalau Nobita yang berada ditempat Sizuka. Adakah dia tidak akan berasa geram walau sedikit pun? Hmmm… Mungkin tapi hal tu mungkin kecik bagi Nobita dan mungkin hal itu besar gedabak bagi Sizuka…(gedabak tu tak perlu rasanya…). Mungkin Sizuka perlukan wang… Betul tak??? Mungkin juga Sizuka tak sekaya Nobita… Betul tak??? Kalau tak setuju, tak pe… Heheheh…
So, conclusion-nya… Walaupun, anda merasakan sesuatu hal yang dikatakan oleh rakan anda tu kecik… Janganlah anggap macam tu di depannya sebab hal itu mungkin kecik bagi anda tetapi besar bagi orang yang sedang mengalami… Kita sebenarnya tak faham berada di situasi tersebut melainkan kita sendiri yang mengalaminya… Okay, itu saja dari saya… Babai…
Ps: Sesungguhnya watak dan cerita contoh tu adalah rekaan semata-mata… Tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia… Kalau sama, ia hanya kebetulan… Okay, aku tipu… aku amik watak tu dari dalam TV… Tapi aku tukar-tukar sikit… Puas hati??! HUH!
ANNYEONG............. Heheheheh... Babai...

Saturday, December 10, 2011

Annyeong Haseyo…

Assalamulaikum… Hai, annyeong haseyo… (Tak abis-abis dengan Korea ko… Hahaha…). Actuallly, I’m not feeling well… Aku sakit tekak, pening kepala dan on the way nak demam ni… nasib baik esok tak de kelas… Huhu… Seharian aku tidor… Tu pasal la malam dah tak boleh tido… Tapi kepala masih pening dan tekak masih sakit… Ya, aku memang tengah mengadu domba… So what??? Semua ni sebab aku tak balik umah punya pasal… (Tiba-tiba bajet homesick… Padahal dah 6 sem…). Tapi aku memang rasa sebab aku tak balik kot… Kat sini sangat bosan… Bukannya tak de benda yang boleh aku buat… Ada je… Tapi aku yang malas… Aku ngan Kuala Pilah memang tak boleh ngam… (Tu yang sakit tu… Masalah environment…). Tapi aku still akan balik 23 December jugak… Cuti Christmas nanti… Because I’ve promised to my friends… Tak kan aku nak break pulak kan… Munafik namanya tuh… (Bajet tak penah buat… Hahahah…).
Tapi an aku suka berbosan-bosan kat Pilah ni… Sebab aku suka kutuk Pilah dan aku akan cakap tempat ni membosankan… Itulah realitinya… Sebab satu hari nanti aku akan rindu perasaan bosan ni… (Cam tu pulak an…). I love boring… WooHoo!!! (Gila…). Kat rumah pulak, aku tak penah rasa bosan… Maybe sebab aku bebas buat apa saja… (Yang pasti bukan kerja rumah ye… Heheheh…). Kadang-kadang borak benda-benda bodoh ngan family aku jadi best gila babeng… Ya, memang cam bangang… Tapi bagi aku my family is the best… Bagi korang pon sama kan… Mestilah family korang is the best jugak en… Tanpa family, siapalah korang… Ececeh… Okey, badan tak sehat… Ada hati nak membebel… So, baik aku stop kat sini… Bababai…
PS: Aku bukan anak manja!!! (Tajuk takde kena-mengena dengan citer…)

Saturday, December 3, 2011

A Bunny Plushie Called Sunny….

Assalamulaikum… Hai… Sekarang ni dah pukul 5.00 a.m…. Dan tak perlu nak tengok bila aku post la… Sebab jam tu salah… Heheheh… Sehari lewat tak silap aku… Huhu… Aku demam sekarang sebab kena hujan… (Saje nak bagi tahu…).

Seperti yang tertera pada tajuk… (Kepada sesiapa yang tak baca tajuk lagi sila tengok sekarang… Tiba-tiba je…). Aku ada plushie baru… The Bunny… Huhu… Her name… Seperti yang tertera di tajuk jugak… Sunny… Huhu… Sunny, Sunny, Sunny… I love you… I need you… (Aku tengah nyanyi…). AKu beli kat Jusco… (Harga mahal sikit tapi standard la barang Jusco… Yang murah pun boleh jadi mahal… Bla bla bla…).
Sunny, the bunny…
Kenapa aku bagi nama dia Sunny??? Sebab suka hati mak bapak aku la… Heheheh… Actually, sebab colour dia kuning… Dah sangat sesuai dengan nama Sunny… Yes, aku tipu sekali lagi… Actually, sebab utama dia mestilah sebab aku suka Sunny SNSD yang muka macam rabbit tu… Comel kan??? Hahaha… Sunny baru aku ni pin kecik je… macam Sunny SNSD gak… Tapi bila pikir balik logic jugak kalau aku cakap sebab colour dia kuning… Kalau nak cover line, boleh je cakap sebab colour dia kuning… Okay, tu je… Babai… Nanti nak gi Jusco lagi… Nak cari lagi… Hahahah…
Sama tak??? Okey, memang aku nak menipu... Hahahar...


They're welcoming their new friend...
(Bajet hidup...).


Tak sangka jumpa dorang kat sini... Ingatkan dah takde...
Saje nak menggoda aku sebagai pengumpul...
I like the duck, squirrel and the frog...


Ni saiz besar dan saiz medium...
Not as cute as the smallest one...

Friday, December 2, 2011

Add Artis-artis Korea di Facebook…

Assalamualaikum… Yeah… Sejak kebelakangan ni aku memang xde keje nak dibuat… So, aku add artis-artis Korea kat Facebook… (Loser gila aku…). Some of them may be not real… Bak kata kawan aku, may be dorang just admin… Tapi aku tak kisah sebab budak loser memang tak kisah benda-benda macam ni… (Rasa macam nak ketuk jari sendiri sebab mengaku diri budak loser sesuka hati…).
Aku add yang aku minat je la… Heheheh… Pastu, bangga tahap cipan bila dorang balas mesej or wall kat aku… Hahahah… Bapak bangga… (Still bangga walaupon may be dorang tak real…). Okey, sekarang aku nak tayang kebanggaan dan kesusilaan aku pulak… Huhu…
Heheheh... Bangga aku...

PS: Tahniah kepada artis-artis yang berjaya mendapat anugerah di 2011 Mnet Asian Music Awards in Singapore hari tu… Annyeong…

Thursday, December 1, 2011

Annoying People

Assalamulaikum… Hai, monyet-monyet sekalian… Sape monyet??? Korang la… Huhu (Kuang ajar tak aku??)… Eheheh… Saya gurau je… Lets do it again… Hey, korang yang cantik dan kacak di luar sana… Okay tak??? (Heheheh… Takut orang tak nak baca lagi…).
Hari ni aku nak cakap pasal annoying people… Korang tau tak annoying people tu macam mana??? Annoying people tu sebijik macam korang… (Ah sudah, aku buat lagi…). Okay2, sorry sekali lagi… Annoying people tu perangai dorang macam aku… (Terpaksa…).
Actually, nak deal dengan orang-orang macam ni pernah menjadi satu masalah yang besar pada aku… (Bajet aku tak annoying…). Aku memang selalu jumpa orang-orang macam ni… Walau di Kuala Pilah, mahupun di Kuala Lumpur, mahupun di kampung… Awas!!! Mereka ada di mana-mana… Kalau aku tengok depan cermin pon ade jugak makhluk tu… Eh, tu aku… Cam bangang kan kutuk diri sendiri???
Tapi sekarang aku dah boleh deal dengan orang-orang macam tu… Walaupun mereka ni menyakitkan hati, tapi sekarang aku dah okey dengan situasi tu… Kalau orang buat annoying dengan aku, aku akan annoying berganda-ganda lagi dengan dia… Huhu…  (Pastu, tak pasal-pasal dapat gelaran annoying king!!! Hopefully not…). Tak payah mention siapalah orang tu… Korang tahu korang annoying… Heheheh…
Bagi aku memang susah nak ubah diri kita… Dan memang kita mesti jadi diri sendiri tapi tak salah jugak kalau berubah demi kebaikan… Aku tak rasa dengan menjadi diri sendiri yang annoying boleh membawa kebaikan… So, try to change even though it’s hard… At least sikit… Kalau annoying sekali-sekala tak pe… Heheheh…
Akhir sekali, pesanan kepada orang-orang yang ANNOYING, sila jadi less annoying… Heheheh… (Bajet diri sendiri tak annoying…). Okey, babai… Annoying… Eh, silap… Annyeong…
 
PS: Kali ni aku tak upload gambar... Heheheh...

Monday, November 28, 2011

Ruang Tamu…

Assalamualaikum… Hai, saya dah nak balik Pilah ni setelah enam hari berada di rumah… Heheheh… Semester baru bermula… So, lecturer pon macam students jugak… Masih malas nak mengajar…(Suka hati aku je…).
Okey, aku nak citer pasal pengalaman duduk di ruang tamu… Sebelum ni aku penah duduk di ruang tamu sekejap je… Tapi kali ni aku betul-betul duduk di ruang tamu… Actually, banyak kelebihan duduk di ruang tamu ni… Aku setuju dengan kawan-kawan seperjuangan yang juga duduk di ruang tamu… Mereka kata internet laju dan sejuk… Memang betul… Kini saya suka ruang tamu… Kecuali privacy yang semakin berkurangan… Heheheh…
Inilah ruang tamu di UiTM Kuala Pilah...
Mewah macam dalam citer Astana...
(Okey, aku tipu... Puas??).

Aku merupakan yang paling senior dalam rumah aku… Huhu… Bangga tak??? Of course bangga… Haha… Setakat ni budak-budak hingusan tu okey lagi… Boleh ngam dengan aku tapi belum nak rapat mesra lagi la… Setakat borak-borak biasa je… Lama-lama okeylah tu kan… Heheheh… Tapi aku still tak berapa nak hafal nama dorang… Muka pun ade yang aku tak cam lagi… Tapi aku rasa mesti ade pendatang tanpa izin yang bermalam di rumah aku sebab dalam rumah aku lebih lapan orang…(Berdasarkan kajian aku la…). Sepatutnya dalam satu rumah maksimum lapan orang je… Aku akan siasat siapa pendatang tanpa izin tu… Heheheh…
Dah bangga pasal jadi super senior, sekarang aku nak bangga pasal Jessica SNSD balas wall post aku kat Facebook… Haa… Bangga gila kan??? Huhu… Kalau Sunny yang balas lagi aku bangga… Tapi Sunny orang first yang accept friend request aku… Huhu… Aku dah gila… Aku nak study leklok semester ni…(Tiba-tiba je…).
Ini bukti dia... Heheheh...
(Abaikan DP limau separuh aku tuh...).

Okey, ni je kebanggaan dan kesusilaan aku… Babai…
PS: Pasukan bola sepak Malaysia kalah lagi melawan Bahrain… They did their best but there’s no luck… Congrats, Bahrain… Bluek… But Malaysia, nice effort… Good luck for the next matches…

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433…

Assalamulaikum… Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Awal Muharam dan Salam Maal Hijrah 1433 kepada semua… Marilah kita bersama-sama cuba untuk menjadi insan yang lebih baik dan berguna di masa yang akan datang...

Sunday, November 20, 2011

Exam MUET…

Assalamulaikum… Heheheh… Nak citer ni… Semalam aku amik exam MUET... Semalam(19 November) aku amik exam reading, writing and listening je… Sebab exam speaking dah amik masa 19 October hari tu… Senang ke susah??? Bila masa aku penah cakap susah??? Heheheh… Tau-tau keluar result je… Huhu… Bagi aku okey je soalan dia… Yang menjadi masalah utama untuk menjawab soalan ialah perasaan mengantuk… Ya, mengantuk sangat-sangat… (Saje cakap mengantuk, kononnya study samalaman…).
Gambar tak de motif...

Aku amik exam kat SMK Taman Tasik… Then, aku jumpa kawan-kawan aku… Aku jumpa Farrazurin, Diyana, Shaza dan Naqiudin… Tak sangka… Memang tak sangka… Buat muka tekejut sikit…
comel betul terkejutnya... heheheh...

Pastu, aku ada konflik sikit masa exam tu sebab aku tak tau yang aku ni calon tumpangan ke tidak… Jadi, dengan penuh confident-nya aku duduk kat kerusi calon tumpangan… Then, kena tukar tempat… Tapi aku tak segan pon… Aku buat muka seposen je… Heheheh… Pastu, barulah aku tau yang aku bukannya calon tumpangan… Nama aku siap ada atas meja dia… Hahahah… Lawak kan??? Okey, tak lawak… Bangang gila cerita aku yang ni…
Okey, tu je nak citer… Babai… Nanti update lagi ek… Sekarang masa nak kemas barang untuk dibawa ke Kuala Pilah… HUHU…
PS: Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya mengalahkan dua pasukan bola sepak terajang yang kuat iaitu Indonesia dan Myanmar… Syabas…

Saturday, November 19, 2011

Takhta Dikekalkan… Dapat Kolej Lagi Setelah Rayuan…

Assalamulaikum… Hai, semua… I’m coming back to annoy all of you… Hahahah… Aku ada berita baik untuk aku dan rakan-rakan seperjuangan… Huhu… Aku dapat kolej… Itupun setelah membuat rayuan… Dah la aku ni tak suka nak merayu-rayu ni… Bajet kan… Heheheh… Nombor rumah aku kali ni ialah… SP1 4142… Maknanya aku akan jadi ahli Sri Pilah 1, tingkat 4, rumah nombor 1, bilik di ruang tamu dan orang kedua… Hahahah… Duduk la aku kat ruang tamu… Heheheh… (Tak reti bersyukur…). Tapi nak sedapkan hati, bolehlah cakap internet laju ke, sejuk ke… Merepek pulak aku…
Sumpah kucing ni xde kena-mengena...

Mesti dorang seronok nak dengar aku memekak tiap-tiap malam kat kolej tu nanti… Hahahah… Kali ni aku akan nyanyikan lagu Korea pulak… Sebab aku dah fanatic Korea… Huhu… Ya, kalau nak, aku akan persembahkan dengan tarian sekali… (Bajet orang nak…).
Nak aku nyanyi dan menari lagu Mr Simple???
Aku okey je... Dah hafal dah tarian dia... Hehheh...

Hahahah… Aku tak sangka aku berjaya kekalkan takhta menempat di kolej selama 6 semester… Bangga tak bangga??? Memang aku bangga… Tu yang kecoh satu dunia ni… Eh, lain pulak masa kat Facebook tadi… heheheh…
Actually, aku malas nak duduk menyewa kat luar sebab leceh… Masalah transport, duit, makan… Semua bajet lari nanti… Susah nak kejar… Kalau kolej, senang… Tak payah pikir pape pon… Huhu… Okey, tu je nak citer… Babai… Annyeong…
PS: Terima kasih bebanyak sebab sudi terima saya sebagai ahli kolej lagi… heheheh… (Bapak hipokrit aku…). Lagi satu, gud luck kepada diri-sendiri dan semua yang bakal menduduki exam MUET esok… Hopefully soalan senang…

Thursday, November 17, 2011

Pergi Mid Valley Sorang-sorang…

Assalamulaikum… Apakah??? Nampak kekeringan idea di situ sampai benda ni pon nak ceritakan dan dibanggakan satu dunia… Hahahah… Itu yang korang pikir… Bagi aku pulak memang satu kebanggaan dan kesusilaan lah sebab aku berjaya sampai ke Mid Valley seorang diri… Hahahah… (Ya, memang selama ni aku tak penah pegi Mid sorang-sorang…).
Senang je nak pegi… (Ceh, belagak pulak aku…). Huhu… Thanks kepada semua orang yang tak dikenali sebab tolong bagi guide… Jasa anda amatlah dikenang… Orang kata ‘malu bertanya, sesat jalan’… (Orang yang kata... Bukan kau yang kata…). Dan kata-kata orang tu betul… Haha… Saya tak malu bertanya… Jadi saya tak sesat jalan… Huhu… Bagus kan saya?? Okey, tu je nak citer… Babai… (Bapak pathetic entry ni…).
Juga disertakan lukisan yang tak kurang pathetic-nya...

PS: Aku pegi Mid sebab nak jumpa Arip… Ape ko ingat aku xde keje pegi Mid sorang-sorang???!!! (Tibe-tibe naik angin…).

Friday, November 11, 2011

Genting Highlands…

Assalamualikum… Haa… Bersedialah untuk entry yang panjang… (Balas dendam sebab dalam tiga hari tak update…). Okey, pernahkah kau merasa saat-saat genting??? Kalau penah, ko cuba pegi Genting Highlands dulu… Kita tengok mana lagi genting saatnya… (Awal-awal lagi da merepek…).
Muka sebelum pegi Genting Highlands...
Mata bengkak sebab bangun pukul awal...

Okey, actually, hari tu aku pegi Genting Highlands dengan kengkawan  aku… Heheheh… Meh aku citer program pada 9 November 2011 itu dijalankan… Mula-mula kedatangan aku sebenarnya dirahsiakan… Tak rancang pon… Tiba-tiba pikir nak rahsiakan… Target utama untuk ditipu ialah… Ami dan Syana… Hahahahahahaha… (Nampak kejahatan di situ ken???).
Mula-mula Asrul bawak aku gi umah Ijam…(Ini pon nak citer…). Then, kami ke Puduraya… Dorang sume dah sampai kecuali Fadila… Apa dorang buat kat Puduraya, aku pon tak tau… Heheheh… Pastu, sampai-sampai je kat sana, aku nyorok sebab nampak Farhana and the gang… Aku nampak Farhana je… Pastu, aku agak mesti yang lain pon ade… Heheheh… Aku pon nyorok… (Bajet saspens…). Pastu, tetiba pulak Syana ngan Ami datang dari belakang… Syana tangkap aku… Ami tak perasan aku kot sebab die terus je blah… Pastu, oleh kerana Syana dapat tangkap aku, dia pon dapat running ball… (Tetiba masuk Running Man pulak…).
Yang tudung polka dot dapat Running Ball...
Bajet Ji Hyo... hnehehe...

Then, dekat-dekat pukul 8.30 tu, kitorang naik bas… Fadila sampai ngam-ngam… Pastu, duduk dalam bas dengan muka happy sebab nak gi Genting… Nak naik rolla costa… Heheheh… (Padahal awal-awal je berani…). Biar aku list-kan satu-persatu nama yang pegi… Ada 14 orang… (Kalau 13 orang, dah boleh jadi Super Junior… Jadi, kita terpaksa singkirkan sorang iaitu Hidayah… Tibe-tibe dia yang kena singkir…). Mereka ialah Naim(aku), Asrul, Amin, Ijam, Dafi, Leman, Ami, Syana, Dayah, Diyana, Lela, Farhana, Farah dan Fadila…
Hahaha... Muka Asrul kiut je buat macam tu...
Aku nak try buat gak ar nanti... Heheheh...
(Aku buat, terus nampak macam kerbau...).



Pastu, kitorang sampai kat sana dalam sejam lebih… Pastu, kitorang tunggu bas nak ke Genting Skyway pulak… Yang ni dalam setengah jam je kot… Tak lama… Dan ‘sangat best’ tunggu bas lama-lama… Tak rugi masa pulak tuh… Heheheh… (Ayat hipokrit…).
Ini memang kaki saya...
Hari tu, saya dressed up macam taik cicak...(hitam putih).


Sangat seronok tunggu bas lama-lama...
Sebab dapat buat kaki macam ni...
(Padahal kebosanan yang melampau...).

Pastu, kitorang masuk Genting Skyway pukul 11.15a.m… (Yang ni aku ingat sebab sampai-sampai je teros tengok jam henpon…)… Keadaan suhunya pula sangat sejuk… Lebih kurang sama macam masa aku menetap kat Amareka dulu… Heheheh… (Citer gebang…).
Imma Black Ranger!!!
(Muka xde perasaan...).


Kami dari kumpulan Balck Eyed Peas...
Mesti ko bulih teka mana satu Fergie...
Ya, Fadila memang jadi Fergie...


Leman dan Diyana... Sweet couple...
Cute tak cara Diyana pandang Leman??? Cute kan?? Heheh...


Ko rasa Asrul tengah buat apa???
Aku rasa Asrul tengah menari lagu Sorry Sorry...
Kalau korang pikir sama macam aku, korang salah...
Sebab Asrul tengah hasilkan haba... heheh...


Ni pulak dari group SS501...
Dari kiri: Dafi, Ijam, Amin, Asrul dan Naim...
Yang paling kiri tu paling hot sebab dia abang gadis-gadis... Heheh...

Mula-mula aku naik… jap aku amik peta jap… heheheh… Aku naik Spinner… Tak tau ke??? Ala, Spinner ni yang buaian pusing-pusing laju gila sampai ko boleh muntah tu… (Haha… Bajet tahu… padahal selama ni aku panggil dia sotong kurita je…). Aku tak takut langsung naik yang ni sebab dia mainan yang tak begitu mencabar… Aceh, bajet pulak… Padahal terjerit-jerit macam orang gila kat atas tu… Aku pon  tak tau cam mana aku boleh jerit cam tu… Yang aku tau, aku nak orang ada ngan aku time tu… Sebab tu aku asik jerit nama Asrul je… Sebab dia je yang dekat ngan aku… Sampai penat aku dibuatnya… heheheh…
Beratur panjang sebab nak naik sotong kurita Spinner...


Lela sangat excited... Fadila maintain cute...
Korang tunggu bila kat atas nanti... heheheh...


Oo... Asrul pon buat peace time tak laju lagi...


Saya tak takut pun naik benda ni...
Tengok, saya senyum je... (Padahal...).


Baru lepas naik sotong kurita...
Dari kiri: Fadila, Lela, Naim, Amin, Asrul dan Ami...


Time ni masing-masing dengan senyuman...


Syana masih tersenyum...
Dayah mula ketakutan tapi masih senyum...
(Hebat giler brader kat depan tuh... Tak pegang pape pon...
Mesti dia bayangkan dia tengah terbang...).


Sementara dorang berpeningan kat atas tu, kami posing lagi...


Dekat air terjun semulajadi... OK, tipu...
Ni gambar favourite aku...
Sebab semua orang ada kecuali Leman...
Kalau Leman dapat masuk sekali kan bagus...
Dari kiri berdiri: Dafi, Syana, Farhana, Fadila, Naim, Asrul, Amin, Lela, Dayah, Farah, Diyana...
Dari kiri duduk: Ijam dan Ami...


Ini Leman... Dia amik gambar kami, kami amik gambar dia...

Pastu, kitorang naik roller coaster pulek… Kali ni aku duduk sebelah Dafi… heheheh… Yang ni pon aku ta takut jugak… Sebab tak mencabar jugak… bagi aku security dia terlalu kukuh… Hahahah… Tipu lagi… Penipu memang macam ni… (Kutuk diri-sendiri…). Sebenarnya, yang ni awal-awal lagi aku dah cuak… Masa naik Spinner, aku rasa okey lagi tapi time roller coaster, haisy… Tak sanggup nak citer… Laju satu hal, tinggi lagi… Walaupon aku dah tak pikir tinggi lagi time laju tu… Aku pikir nak jerit nama dorang je… Memang keje aku memekak je en… Huhu…

Wajah sebelum naik roller coaster...


Get ready... Aku chillax je...
Siap senyum lagi...


Syana tah mahu naik roller coaster...
Jadi, dia bergaya dengan penuh macho di sini...


Jalan menuju ke langit...


Giliran diorang pulak naik rolla coasta...


Pastu, permainan ketiga ialah Space Shot… Okay, yang ni aku tak kan tipu… Awal-awal aku tengok aku teros kecut perut… Rasa nak berak pon ada… Tapi aku tahan… Space Shot nampak menakutkan… Dah la tinggi gila… Sampai cecah langit… (Bila pulak boleh cecah langit en… Heheheh…). Nasib baik ramai orang belanja… (Belanja apa pulak?? Heheheh… Rahsia ar… Ayat Asrul nih…). Seriously, memang menakutkan… Tapi still ada hati nak naik sebab nak cuba naik… (Sudah… Ayat lintang pukang teros…). Time benda tu naik meninggi, aku cakap kat Asrul, “Dia tak nak berenti lagi ke?” bende tu dah tinggi sangat tu… Kitorang berpegangan tangan… (Bajet romantik… Eh, bajet bajet… Apakah??). Time tu tangan aku lekat dengan tangan Asrul sebab terlalu cuak… Aku tak nak jerit sangat kali ni sebab takut penat tapi aku jerit jugak… Bila pikir balik, aku berani buat yang lain sekali lagi tapi Space Shot, aku tak sure… Korang tak kan dapat bayangkan apa yang aku nampak masa aku kat tempat paling tinggi tuh… (Bajet aku sorang je penah naik…). Aku nampak satu DUNIA… Ngeri… Okey, aku tipu lagi… Aku pon tak tau apa yang aku nampak sebab aku bukannya hafal pon peta Malaysia ni… Heheheh… Tapi tinggi nampak la keseluruhan Genting tu… Sampai lemah longlai lutut aku… (Baru perasan aku membebel kat sini…).
Ini Space Shot... Perjalanan menuju ke angkasa lepas...


Beratur nak naik Space Shot...
Masing-masing muka bajet berani...


Gambar ni sumpah kelakar...
Bateri buat tanduk kat kepala Asrul...


Dah tak reti-reti nak rotate???


Baca doa dulu...


Ayuh mula... Time ni boleh senyum lagi...


Pose terbaek dari Fadila dan Lela...
Syana dah tak pedulik... Ngap teros nasi tu...


Time kitorang dah berpecah...
Kitorang tak sempat naik benda ni...
Aku, Asrul dan Amin main benda lain...


Aku tak dapat naik kapal pirate jugak...
(Tak merasa aku nak jadi Jack Sparrow...).

Pastu, kitorang gi naik Flying Dragon… Ada sorang budak India ni cakap, “This is not scary,”… Aku pikir dalam hati, ‘Banyak la ko… Aku dah dengar orang jerit-jerit tadi,’… Tahap ngeri dia kurang sikit dari naik roller coaster la… Heheheh… Tapi terpekik gak aku kat atas tuh… Dia suka belok tajam… Kalau naik ngan awek, confirm hilang macho… Heheheh… (Bajet ada…).
Gambar Flying Dragon tak ada...
Tapi kami ada buat photo shoot sendiri...
Amin...


Asrul... Muka nak hensem je... Menyampah aku...
(Heheheh... Dengki...).


Aku... Teringat masa aku kat London dulu...
Bas dia memang macam ni...


Ni pulak kat public phone...
Public phone ni memang macam kat London...
(Yo o, yo o je aku...).


Help me!! I'm stuck in here...
(Budak jakun...).


Budak ni posing je lebih... heheheh...


Kami tak naik bumper car tapi kami naik kereta buruk ni...
Pathetic kan...


Muka mintak pelempang...


Kereta buruk yang lain pulak...


Macam bangang...


Bajet model terkenal...


Bajet model lagi...
Kononnya high fashion...


Nak bergaya lagi...


Lela gila... Tiba-tiba je...

Okey, itu je yang kami sempat buat… Tak sempat nak main banyak sebab masa amat mencemburui kitorang… Ya, masa memang tak senonoh… Cemburu tak bertempat… Tapi puas ar gak main… Heheh… Pastu, kitorang pon kuar dari situ dalam pukul 5 petang… (Dengan kesedihan… Bajet tak???). Pastu, naik bas dari Genting ke Pudu pulak pukul 5.30… Dalam 6.30, sampai Pudu… Sampai umah pukul 8.00p.m… Sebab??? Sebab tayar motor Ijam pancit… So, Ijam and Asrul bawak motor gi stesen minyak dulu… Aku ngan Amin kena jalan kaki sementara tu… Best, memang best jalan kaki time penat-penat… Heheheh… Betul ni… Pengalaman baru… At least, dapat exercise gak… (Nak sedapkan hati…).
Gelang persahabatan kami, lambang persahabatan kami...
Ececeh... bajet pulak...


Gelang Asrul tak de tadi... Dia kena boikot...
Sebab awal-awal lagi dia dah cabut dan buat key chain kat beg dia...
(Macam best... Aku nak tiru jugak nanti... Heheh...).

Dah balik tu, kitorang gi umah Ami pulak sebab nak amik gambar… Mesti kena ada banyak gambar… Dah kata nak update blog… Hahahah… Okeylah, ini aje nak citer… I really enjoyed that moment… Best giler… Okey babai… Aku tau korang dah bosan… Heheheh…
PS: Annoying gila post kali ni sebab terlalu panjang… Dengan gambar sampai sejuta lagi… Haisy…