Tuesday, February 22, 2011

Menang Pertandingan Pentomen dan Menulis Esei

Assalamualaikum… Berlagak tak tajuk tu? Heheheh…

Ni antara group aku... Yang lain tengah busy...heheheh...

Saje nak bagi tau yang aku dan kumpulan aku telah berjaya menduduki tempat ketiga untuk pertandingan pentomen… Pastu, untuk pertandingan esei pulak, aku dapat tempat ketiga jugak… (Boleh tahan jugak aku ni…). Heheheh… Tak sangka boleh menang untuk esei tu… Kalau yang pentomen tu memang dah boleh agak yang kita orang akan menang… Sebab yang masuk bertanding, empat kumpulan je… (Tak pasal-pasal kantoi x banyak saingan…). Tapi untuk pentomen tu aku target dapat nombor 1 sebenarnya… (Over confident giler kan…). Tapi okeylah kot dapat nombor tiga daripada empat… Heheheh… (Nasib baik tak dapat nombor empat…).

Esei aku pulak berkaitan dengan Keagungan Rasulullah S.A.W…. (Tak payah nak muka macam tu lagi…). Tema dia adakah perjuangan baginda masih diteruskan??? Aku buat dua page je… Memang tak sangka gila-gila yang aku boleh menang jugak… Kalau Puan Salina Ali Mama tahu, mesti beliau bangga gila… Hahahak…

Okeylah, ini je kot aku nak citer pasal kebanggaan aku terhadap diri sendiri… Nanti kalau ada masa aku berbangga lagi… Okey, chow dulu ek…

Monday, February 14, 2011

Pertandingan Pentomen

Assalamualaikum… Siapa kat sini pernah masuk pertandingan pentomen??? Hmm… Aku penah… (Dengan muka yang penuh berlagak dan angkuh…). Hahaha…

Kepada sesiapa yang tak tahu pentomen tu ape, meh sini… Aku nak bagi tau… (Ceh, bajet! Padahal aku pun baru je tahu…). Pentomen ni macam teater jugaklah… Tapi bezanya orang yang berlakon kena miming je… Guna suara orang lain… Contohnya, macam citer Hindustan… (Boleh pakai ke contoh aku ni??? Hentam je la…). Itulah pentomen...

Hari Ahad lepas, bersamaan 13 februari, aku masuk pertandingan pentomen ni… (Sebab nak kupon…). Okey, reaksi pertama aku bila nampak article pasal pentomen, “Eww, yuck! Pentomen? Apa ni? Memang x la aku nak masuk benda ni…” (Terlebih gedik pulak reaksi aku… Rasanya xde la segedik tu kot… Hehehe…). Pastu, tiba-tiba Fakri dah masukkan aku dalam group pentomen die… Aku dah terkejut beruk makyeh dah… Dah la xtaw pape pasal ni… Kena group dengan budak kelas die yang aku x berapa nak kenal pulak tu… Last-last, aku redha je…

Tapi nasib baik persembahan kita orang berjalan dengan lancar… Walaupun kena gelak… Kahkahkah… Dah la persembahan pertama… Kita orang buat pasal Saidina Umar Al-Khattab… cerita dia memang sedih dan aku juga tidak ketinggalan untuk bajet sedih… Tapi kena gelak jugak… Hehehe… Tapi aku x kesah sebab at least dapat pengalaman berlakon pentomen… Bluek… Nak muntah dengan ayat sendiri…

Okey, ini aje… bye bye…

Saturday, February 12, 2011

Minggu Pertama Tak Balik Rumah Untuk Semester Keempat

Cehhh… Bangga je… Of course la bangga… Bukan senang aku tak balik rumah… Kalau tak, tiap-tiap minggu aku balik… Kihkihkih…

Gaya bangga sebab berjaya x balik minggu ni...

Baiklah, sebelum ada yang perli aku, aku bagi salam dulu… Assalamualaikum… Minggu ni aku tak balik sebab saja nak mencabar nafsu balik rumah aku… Target aku, aku tak nak balik selama sebulan… Maknanya sepanjang bulan Februari ni la… Aku akan berada di kawasan taik lembu ni selama sebulan tanpa balik ke Gampang Ampang… Agak-agak berjaya tak aku merealisasikan target aku ni??? Insya’allah bole la kan… Hihihi…

Kat sini aku dah jumpa beberapa aktiviti kolej(tak kesah under JPK ke MPP) untuk menghilangkan rasa bosan… (Bajet gilak… Padahal nak kumpul kupon punya pasal…). Kalau boleh aku nak join semua aktiviti yang dianjurkan… Tapi yang dapat kupon je… Kalau tak dapat, aku tak layan… Ingat aku ni rajin sangat ke nak join aktiviti kolej yang tak seberapa ni??!! (Mak aih… Statement aku!!).

Antara aktiviti yang aku bercadang nak join ialah pertandingan menulis esei tentang Rasulullah S.A.W. (x payah nak buat muka terkejut sangatlah…). Pastu, tengok wayang, masuk sukaneka, morning walk, main dam haji (hinanya aktiviti yang aku join… Semua ni sebab nak kupon…). Pastu, buat esei pasal kepenggunaan… Lagi ape ek??? Dah lupa ar… Kahkahkah…

Okeylah, ini je aku nak citer kali ni… Nanti aku citer lagi… Bye bye…

Friday, February 4, 2011

Happy Chinese New Year 2011

Yes! Yes! Yes!!!! Perasan tak ade 3 'yes'? Heheheh...
Assalamualaikum...
Hari ni aku nak wish Happy Chinese New Year kepada semua yang berbangsa Cina dan semua yang bajet Cina... Kenapa baru nak wish ek??? Haa... Sebab aku baru dapat angpau... (Bapak teruk perangai...). Hehehe...

Ni la angpau tu... Dalam ni ada duit...
(Ade ke orang kasi angpau xde duit??? Memang la ade...)

Sebenarnya dah lama aku dok menanti benda ni... (Kurang asam x???). Ingatkan tak dapat dah... Tapi dapat jugak... Thanks, err... auntie yang pakai kereta Juara... (Nama pon tak taw... Heheheh...).


Ni lagi satu aku bagi...
(Macam best pulak amik gambar bajet pemalu macam ni...).

Okaylah, ni je nak bagi tahu... Sekarang nak buat assignment law... Hahaha... (Bapak hipokrit... Nak wat assignment konon...).

Wednesday, February 2, 2011

Hangout Dengan Ex-Schoolmate Masa Cuti Tahun Baru Cina

Assamualaikum… Mula-mula aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan taulan kerana menjadikan hari aku lebih bahagia semalam… (Tak payah nak berterima kasih sangatlah kan…). Okeylah, dapat keluar dengan dorang sekali sekala… Walaupun aku terlambat sikit… Sikit je… X banyak… Hihihi… Sorry ye kawan-kawan… Okey, mula-mula aku nak bagi tau watak-watak dan krew-krew yang terlibat… Manusia yang terlibat dalam aktiviti semalam ialah… Asrul, Ami, Ain, Ijam, Syana, Hana, Amin dan aku… Tu je… 8 orang je… Tak sampai 9 pun…

Agenda pertama kami melalui perancangan jadual yang aku telah siapkan… (Bajet buat jadual ni… Padahal xde pon…). Mula-mula Syana, Hana, Ami dan aku menaiki LRT ke rumah Ijam… Sebab Ain dan Asrul dah sampai dulu kat sana… Lepas dah puas melantak kat rumah Ijam dan menghabiskan segala makanan yang disediakan, kami pun bergerak menuju ke destinasi seterusnya iaitu di Times Square… Pastu, kitorang main blowing… Eh, blowing pulak… Ade ke nak main tiup-tiup pulak… kehkehkeh… Kitorang main bowling… Ini first time aku main… So, aku agak batak la… Tapi aku tetap menang di tempat terakhir… Eh, boleh pulak macam tu??? Hahahaha… Okey, fine…. Aku mengaku la aku last… Tapi aku dikalahkan pada saat-saat akhir sebab bola masuk longkang… Hahahah… Yang x boleh blah, aku strike sekali… Hebat jugak aku ni… Time tu rasa macam nak buat muka berlagak giler… Heheheh… Tapi aku tak puas hati dengan pemenangnya… Syana yang menang… Tak boleh jadi nih… Hehehe…

Suke gambar ni... Sangat niceee...


Benci giler tengok muke sendiri dalam gambar ni...


Yang ni semua lelaki...


Gambar ni pon smart... Heheheh...

Pastu, kita gi makan… Dan lepas tu, merancang nak karok la… Kononnya… Last-last x jadi… Tapi x sangka pulak dapat jumpa kakak member aku… Ala… kakak Tomok… (Sempat lagi nak perasan tu…). Hehehe… Kita orang jumpa Isma dan Zul… Kecik je Isma kat luar… Tapi comel la… Putih giler… Sporting je… Relax je dorang berhimpit-himpti dengan orang ramai masa naik eskalator… Heheheh… Sebelum tu, dorang nampak Intan Ladyana tapi aku tak nampak sebab dah terlepas… Dah la aku memang teringin nak tengok Intan Ladyana tu sebab  mak aku cakap minah tu cantik giler kat luar…

Kitorang makan KFC... Sedap hingga menjilat ibu kaki...


Isma dan Zul yang memang sweet giler...


Intan Ladyana yang memang cun... (Keje nak letak gambar je...).

Akhir sekali kami balik ke rumah dengan menaiki bas U27… Chewahhh… Dah lama aku tak naik bas tu… Rasa best sangat dapat naik bas tu… Terimbau kembali kenangan silam yang tak berapa nak silam tu… Tapi memang aku having so much fun la denagn dorang sebab dorang ni kelakar… Aku je yang bajet serius… (Eh, betul ke???). Okeylah, sebelum aku mencarut lebih-lebih kat sini…. Baik aku chow dulu… Korang tu pon, masing-masing dah buat muka bosan dah tu… Kay, bye bye…

Gambar ni pon aku suke... Nama minah rock ni ialah Ain...
Nama glamour dia ITIK... hehehe
(mampus aku kalau dia baca blog ni...).