Monday, June 6, 2011

Takziah Buat Suhani Sekeluarga

Assalamualaikum… Aku ingin mengucapkan takziah kepada Suhani sekeluarga di atas pemergian ibunya pada pagi semalam… Innalillah… Seriously, aku memang tak tahu ape cerita yang exact-nya… Walaubagaimanapun, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah supaya rohnya dicucuri rahmat…

Lagi satu berita yang merisaukan aku… Semalam juga nenek aku yang lebih mesra dipanggil ‘Mek’ jatuh tangga dan masuk wad… So, kita orang pon pergi ke Pahang untuk melawat nenek aku except kakak aku sebab dia kerja… Dan Alhamdulillah… Nenek aku dah dibenarkan pulang ke rumah dan tak ada apa-apa yang serius… Ok, ni je aku nak citer… Trettttt…

Sayang mek... Heheheh...


Sayang ayah juga...
(Ya, memang aku panggil atuk aku 'ayah')



Sunday, June 5, 2011

AF9 Prediction…

Hai… Assalamualaikum… Annoying haseyo…(Mampus kena belasah ngan peminat setia k-pop lepas ni…)…


Baiklah… Hari ni aku akan buat review pasal finalis Akedemi Fantasia musim ke-9 disamping mem-promote dan memberi pendapat tentang dorang…

Sebenarnya aku bukannya fanatik sangat dengan AF ni… Tapi sebab dah tengok kan… So, aku tengok je la… Ok, prediction aku walaupun may be tak tepat tapi aku berharap ia tepat kerana aku rasa pilihan aku yang tepat berbanding pilihan orang lain yang tak berapa nak tepat sangat sebab may be tepat sikit-sikit je yang membawa maksud xde la setepat pilihan aku yang tepat ni…(Tugasan untuk para pembaca:Berapakah perkataan 'tepat' yang ade dalam entri ni??? Jawapan akan diberi di akhir entri ni…heheheh…)… Ok, berhenti menjadi annoying person…

-Tempat keempat… Lena…
Kenapa aku pilih Lena??? Sebab dia gedik… Suara dia memang best… Aku tak nafikan… Heheheh… Tapi dia macam kurang aura… Tapi persembahan terbaik dia time dia nyanyi lagu Kekal, Ziana Zain…

-Tempat ketiga… Hazama…
Hazama ade aura… Suara dia best dan banyak pengalaman tapi sikapnya teramatlah sangat annoying-nya… Annoying haseyo… (Mak Cik sebelah rumah kejar aku dengan parang lepas baca entri ni sebab rosakkan bahasa Korea…)… Tapi serius annoying gila mamat nih… Bajet bagus sungguh… (Sorry ye kepada peminat-peminat Hazama… This is just my opinion… You can have yours too…)… Tapi aku rasa may be sebab dia rasa dia lebih banyak pengalaman berbanding orang lain kot… Sebab tu la dia selalu bajet bagus… Heheheh… Best performance, Hey, Soul Sister, Train…

-Runner-up… Fina…
Vokal Fina memang sangat bagus tapi aku cuma tak nampak dia sebagai juara… Personaliti dia kurang menyerlah… (Bagi aku personality Aida lebih menyerlah tapi kurang bakat…)… Macam mana pun, muka Fina kadang-kadang macam kucing… (xde kena mengena…)… Maksudnya comellah muka dia… Persembahan terbaik masa nyanyi lagu Purnama Merindu, Dato’ Siti Nurhaliza…

-Juara… Azri…
Yeah!!! Memang inilah juara pilihan aku… Walaupun pengkritik asyik cakap dia naynyi suka tiru penyanyi asal, tapi aku tak setuju… Dia cuma jalankan tanggungjawab sebagai pelajar… lagipun aku tak rasa Azri sama dengan penyanyi lain… Dia ada stail sendiri… Tak kanlah nyanyi lagu Sampai Syurga, nak bunyi macam lagu Awallah Dondang pulak kan… Then, kalau tak tukar melodi, pengkritik akan cakap kita kena respect melodi asal… Haish… Tak paham kan dengan juri ni??? Lagi satu, Azri mempunyai personaliti yang baik… Contohnya, amat pentingkan friendship dan sensitif dengan hubungan tu… Tak penah bergosip… And so on… Dan persembahan terbaik Azri ialah lagu Here Without You, 3 Doors Down…

Well, begitulah prediction aku… Anda bagaimana??? Chewah…
Oka, sekarang dengar kata-kata akhir mereka… (Bajet boleh dengar…)





Hahaha... Pak Nil pon nak jugek...

And Last but not least...

Hahaha... Love your own blog...
(sedang merepek...abaikan je...)

Ok, selesai... Jum bersurai...

Ps: Aku bersimpati kat Erul yang siap buat sujud syukur sebab ingat dia berjaya melangkah ke final…

Jawapan untuk tugasan tadi…(Wah, aku ingat lagi… Heheheh…):-
8 kali… Tapi xde hadiah pon… Saje nak buang masa korang… Huhuhuk… K, tatata… (sambil buat gaya beruk makyeh,...)