Saturday, December 31, 2011

OSBON Juara!!!

Assalamualaikum... Hai, annyeong haseyo... Aku kembali untuk menceriakan anda semua... Bla bla bla... Hahahah... Tadi aku tengok Maharaja Lawak Mega episod akhir... Huhu... Tahniah Osbon... Osbon memang best and lawak gila gila gila babeng... Hahahah... Tahniah ek korang... Aku ingat Boboi yang akan menang tapi kumpulan pilihan aku jugak jadi juara... Okay bye bye... Annyeong...

They won and they rock... Yay...

Monday, December 19, 2011

Hasut Orang Minat Korea… Heheheh…

Assalamualaikum… Annyeong haseyo… Target aku tak nak balik rumah sampai cuti Krismas nanti… Dan aku yakin aku berjaya… Lagi berapa hari je lagi nak balik… Huhu… I miss my home so much…
As stated before, kat Pilah ni sangat bosan… Ada je aktiviti yang nak di-follow tapi aku malas… Kadang-kadang je aku rajin… Ikut mood… Kalau nak main badminton, aku main la… Kalau nak dengar ceramah ke, nak join aktiviti or game anjuran kolej, aku join je… Tapi itu pon kalau nak la… Kalau tak nak, aku tak join pon… Aku tidor je… Tak pon aku layan Korea… Hahahah…
Tapi salah satu yang aku sangat suka buat ialah menghasut orang… (Tiba-tiba tumbuh tanduk setan kat atas kepala…). Aku dah hasut dua orang junior dalam rumah aku untuk minat Korea… (Aku tak paksa dorang minat… Aku hasut je… And they like it…). Heheheh…
SNSD dan kek... Kyeopta...

Caranya macam ni… Mula-mula aku sengaja bukak lagu Korea kat laptop… Pastu, buat muka heaven gila layan Korea… Seolah-olah lagu Korea sangat menyoronokkan dan terbaik… Pastu, nyanyi sikit-sikit… Menari sikit-sikit… (Tapi jangan extreme sangat… Nanti orang kata aku gila…). Pastu, dorang akan mula datang dekat dengan skrin laptop aku… Dorang tanya sikit-sikit… Aku pon citer la yang aku suka Sunny ke, ape ke… Bla bla bla…
Then, dorang semakin minat… Huhu… Pastu, aku akan promote lagu lain pulak… Pastu, dorang akan pasang lagu lain dengan sendirinya… Then, dorang akan cakap… “Best jugak lagu Korea ni…” Hahahah… Tak kenal maka tak cinta kan.. Aku pon dulu benci gila dengan Korea… Tapi dah kena hukum karma… Padan muka aku… Tapi tak susah nak hasut dorang ni… Sebab artis-artis Korea ni cute-cute… So, memudahkan operasi menghasut aku… Hahahah…
Sekarang… Rumah aku diceriakan dengan lagu Korea… (Padahal tak ceria mana pon… Saje nak over…). Aku juga terdengar beberapa lagu Korea yang tak famous(tapi best) dari dalam bilik budak rumah aku… Nampaknya dia sudah mula men-download sendiri lagu-lagu Korea… Hahahah… Syabas kepada aku… Aku sukses… (Jahat tak aku??? Tapi aku bukan setan… Cuma tak reti nak minat sorang-sorang…). Nampaknya aku berjaya menggunakan persuasion skill aku dengan baik… Babai… Annyeong…
Sunny SNSD... Budak comel... Geram pipi dia... Hahah...


Super Junior... Photoshoot A-cha...


T-Ara... Masing-masing buat muka annoying...
But I always like Jiyeon... Heheheh...

Sunday, December 11, 2011

Small Matter…

Assalamualaikum… Okey, kali ni tak payah nak mukadimah… Terus je pada tajuk yang dibincangkan nanti…(Padahal aku sorang je syok sendiri kat sini…). Baiklah, small matter… Perkataan ni orang selalu guna untuk menenangkan diri orang yang tengah bengang… Ataupun kalau dia malas nak layan orang yang mengadu kat dia… Ataupun kalau orang mengadu kat dia tapi dia rasa hal itu memang hal kecik yang tak patut dibesar-besarkan pon… Tak paham ek??? Heheheh… Seperti biasa, semua orang pon ada pendapat masing-masing… Aku pon tak terkecuali… Jadi, memandangkan aku pon punya pendapat sendiri… So, ada baiknya aku share kat sini. Anda pon boleh memberi pandangan juga… Sama ada e-mailkan kepada saya ataupon komen di ruang yang disediakan…
Kepada yang masih blur dan tak berapa paham, meh aku bagi beberapa contoh. Contoh ni banyak berlaku pada kehidupan seharian kita. Anda juga mungkin pernah mengalaminya… So, sorry kepada sesiapa yang kebetulan mempunyai cerita yang sama…
Contoh pertama…
Dari kiri: Peyton, Haley dan Brooke...

Brooke, Haley dan Peyton ialah adik-beradik dan mereka orang Amareka tapi bercakap dalam Bahasa Melayu…
Beruk,eh, Brooke: Peyt, gua bengang la dengan kakak kita tu…
Peyton: Kenapa pulak lu nak bengang, beruk? Dia buat apa?
Brooke: Dia hasut mummy. Dia cakap gua membazir beli kasut mahal. Padahal kasut tu untuk gua buat pergi camping.
Peyton: Betul ke, beruk?
Brooke: Betul la. Buat apa gua nak tipu. Kasut tu kasut getah je pun. Tujuh hengget je. Tak adalah mahal sangat. Gua beli dengan duit gua. Apa ada hal? Tak susahkan sape-sape pun. Sekarang ni mummy dah potong duit belanja aku. Abis kopak. Huh!
Peyton: Ala… Relax sudah… Small matter je pun. Mummy okeylah tu nanti. Haley tak sengaja agaknya.
Okey… Itulah situasinya. Masalahnya, hal ini mungkin kecil bagi Peyton sebab bukan dia yang berada di tempat Beruk Brooke. Brooke sekarang ni tengah rasa yang mummy dorang kehilangan kepercayaan padanya. So, sebab tu la dia rasa terancam dengan situasi tu dan fikrkan hal tu sebab bagi dia masalah tu besar. Hal Haley, dia mungkin tak berapa nak kisah kan?
Kalau tak paham lagi, meh aku bagi contoh kedua…
Sizuka, Nobita dan Hagemaru ialah kawan baik...
(Aku ketuk kepala jap lagi kalau ko tanye mana satu Nobita, mana satu Sizuka, mana satu Hagemaru... Heheheh...)

Sizuka: Nobita, you ingat tak yang Hagemaru pernah pinjam duit kita?
Nobita: Ingat. Dia pinjam dengan I 5 hengget. Tapi dia dah bayar.
Sizuka: Oh, ye ke? Dia pinjam 100 hengget dengan I tapi dia belum bayar-bayar lagi. Dah dekat 4 tahun dah dia pinjam. Dah pinjam, bukannya reti nak bayar balik. Geram I.
Nobita: Dia lupa agaknya. Kan dia nak beli ubat untuk ayah dia hari tu. Ah, lupakan ajelah. Kesian pulak kat dia. Baik you halalkan aje. Small matter aje tu. Kesian dia. (Jepun pon pandai nak halal-halal… Heheh…).
Kes ni pun sama jugak. Okay, may be Sizuka patut halalkan. Tapi bagi aku RM100 bukanlah nilai yang kecil… So, tak logik kalau Hagemaru lupa. Nobita pulak fikir hal itu hal kecik tapi cuba kalau Nobita yang berada ditempat Sizuka. Adakah dia tidak akan berasa geram walau sedikit pun? Hmmm… Mungkin tapi hal tu mungkin kecik bagi Nobita dan mungkin hal itu besar gedabak bagi Sizuka…(gedabak tu tak perlu rasanya…). Mungkin Sizuka perlukan wang… Betul tak??? Mungkin juga Sizuka tak sekaya Nobita… Betul tak??? Kalau tak setuju, tak pe… Heheheh…
So, conclusion-nya… Walaupun, anda merasakan sesuatu hal yang dikatakan oleh rakan anda tu kecik… Janganlah anggap macam tu di depannya sebab hal itu mungkin kecik bagi anda tetapi besar bagi orang yang sedang mengalami… Kita sebenarnya tak faham berada di situasi tersebut melainkan kita sendiri yang mengalaminya… Okay, itu saja dari saya… Babai…
Ps: Sesungguhnya watak dan cerita contoh tu adalah rekaan semata-mata… Tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia… Kalau sama, ia hanya kebetulan… Okay, aku tipu… aku amik watak tu dari dalam TV… Tapi aku tukar-tukar sikit… Puas hati??! HUH!
ANNYEONG............. Heheheheh... Babai...

Saturday, December 10, 2011

Annyeong Haseyo…

Assalamulaikum… Hai, annyeong haseyo… (Tak abis-abis dengan Korea ko… Hahaha…). Actuallly, I’m not feeling well… Aku sakit tekak, pening kepala dan on the way nak demam ni… nasib baik esok tak de kelas… Huhu… Seharian aku tidor… Tu pasal la malam dah tak boleh tido… Tapi kepala masih pening dan tekak masih sakit… Ya, aku memang tengah mengadu domba… So what??? Semua ni sebab aku tak balik umah punya pasal… (Tiba-tiba bajet homesick… Padahal dah 6 sem…). Tapi aku memang rasa sebab aku tak balik kot… Kat sini sangat bosan… Bukannya tak de benda yang boleh aku buat… Ada je… Tapi aku yang malas… Aku ngan Kuala Pilah memang tak boleh ngam… (Tu yang sakit tu… Masalah environment…). Tapi aku still akan balik 23 December jugak… Cuti Christmas nanti… Because I’ve promised to my friends… Tak kan aku nak break pulak kan… Munafik namanya tuh… (Bajet tak penah buat… Hahahah…).
Tapi an aku suka berbosan-bosan kat Pilah ni… Sebab aku suka kutuk Pilah dan aku akan cakap tempat ni membosankan… Itulah realitinya… Sebab satu hari nanti aku akan rindu perasaan bosan ni… (Cam tu pulak an…). I love boring… WooHoo!!! (Gila…). Kat rumah pulak, aku tak penah rasa bosan… Maybe sebab aku bebas buat apa saja… (Yang pasti bukan kerja rumah ye… Heheheh…). Kadang-kadang borak benda-benda bodoh ngan family aku jadi best gila babeng… Ya, memang cam bangang… Tapi bagi aku my family is the best… Bagi korang pon sama kan… Mestilah family korang is the best jugak en… Tanpa family, siapalah korang… Ececeh… Okey, badan tak sehat… Ada hati nak membebel… So, baik aku stop kat sini… Bababai…
PS: Aku bukan anak manja!!! (Tajuk takde kena-mengena dengan citer…)

Saturday, December 3, 2011

A Bunny Plushie Called Sunny….

Assalamulaikum… Hai… Sekarang ni dah pukul 5.00 a.m…. Dan tak perlu nak tengok bila aku post la… Sebab jam tu salah… Heheheh… Sehari lewat tak silap aku… Huhu… Aku demam sekarang sebab kena hujan… (Saje nak bagi tahu…).

Seperti yang tertera pada tajuk… (Kepada sesiapa yang tak baca tajuk lagi sila tengok sekarang… Tiba-tiba je…). Aku ada plushie baru… The Bunny… Huhu… Her name… Seperti yang tertera di tajuk jugak… Sunny… Huhu… Sunny, Sunny, Sunny… I love you… I need you… (Aku tengah nyanyi…). AKu beli kat Jusco… (Harga mahal sikit tapi standard la barang Jusco… Yang murah pun boleh jadi mahal… Bla bla bla…).
Sunny, the bunny…
Kenapa aku bagi nama dia Sunny??? Sebab suka hati mak bapak aku la… Heheheh… Actually, sebab colour dia kuning… Dah sangat sesuai dengan nama Sunny… Yes, aku tipu sekali lagi… Actually, sebab utama dia mestilah sebab aku suka Sunny SNSD yang muka macam rabbit tu… Comel kan??? Hahaha… Sunny baru aku ni pin kecik je… macam Sunny SNSD gak… Tapi bila pikir balik logic jugak kalau aku cakap sebab colour dia kuning… Kalau nak cover line, boleh je cakap sebab colour dia kuning… Okay, tu je… Babai… Nanti nak gi Jusco lagi… Nak cari lagi… Hahahah…
Sama tak??? Okey, memang aku nak menipu... Hahahar...


They're welcoming their new friend...
(Bajet hidup...).


Tak sangka jumpa dorang kat sini... Ingatkan dah takde...
Saje nak menggoda aku sebagai pengumpul...
I like the duck, squirrel and the frog...


Ni saiz besar dan saiz medium...
Not as cute as the smallest one...

Friday, December 2, 2011

Add Artis-artis Korea di Facebook…

Assalamualaikum… Yeah… Sejak kebelakangan ni aku memang xde keje nak dibuat… So, aku add artis-artis Korea kat Facebook… (Loser gila aku…). Some of them may be not real… Bak kata kawan aku, may be dorang just admin… Tapi aku tak kisah sebab budak loser memang tak kisah benda-benda macam ni… (Rasa macam nak ketuk jari sendiri sebab mengaku diri budak loser sesuka hati…).
Aku add yang aku minat je la… Heheheh… Pastu, bangga tahap cipan bila dorang balas mesej or wall kat aku… Hahahah… Bapak bangga… (Still bangga walaupon may be dorang tak real…). Okey, sekarang aku nak tayang kebanggaan dan kesusilaan aku pulak… Huhu…
Heheheh... Bangga aku...

PS: Tahniah kepada artis-artis yang berjaya mendapat anugerah di 2011 Mnet Asian Music Awards in Singapore hari tu… Annyeong…

Thursday, December 1, 2011

Annoying People

Assalamulaikum… Hai, monyet-monyet sekalian… Sape monyet??? Korang la… Huhu (Kuang ajar tak aku??)… Eheheh… Saya gurau je… Lets do it again… Hey, korang yang cantik dan kacak di luar sana… Okay tak??? (Heheheh… Takut orang tak nak baca lagi…).
Hari ni aku nak cakap pasal annoying people… Korang tau tak annoying people tu macam mana??? Annoying people tu sebijik macam korang… (Ah sudah, aku buat lagi…). Okay2, sorry sekali lagi… Annoying people tu perangai dorang macam aku… (Terpaksa…).
Actually, nak deal dengan orang-orang macam ni pernah menjadi satu masalah yang besar pada aku… (Bajet aku tak annoying…). Aku memang selalu jumpa orang-orang macam ni… Walau di Kuala Pilah, mahupun di Kuala Lumpur, mahupun di kampung… Awas!!! Mereka ada di mana-mana… Kalau aku tengok depan cermin pon ade jugak makhluk tu… Eh, tu aku… Cam bangang kan kutuk diri sendiri???
Tapi sekarang aku dah boleh deal dengan orang-orang macam tu… Walaupun mereka ni menyakitkan hati, tapi sekarang aku dah okey dengan situasi tu… Kalau orang buat annoying dengan aku, aku akan annoying berganda-ganda lagi dengan dia… Huhu…  (Pastu, tak pasal-pasal dapat gelaran annoying king!!! Hopefully not…). Tak payah mention siapalah orang tu… Korang tahu korang annoying… Heheheh…
Bagi aku memang susah nak ubah diri kita… Dan memang kita mesti jadi diri sendiri tapi tak salah jugak kalau berubah demi kebaikan… Aku tak rasa dengan menjadi diri sendiri yang annoying boleh membawa kebaikan… So, try to change even though it’s hard… At least sikit… Kalau annoying sekali-sekala tak pe… Heheheh…
Akhir sekali, pesanan kepada orang-orang yang ANNOYING, sila jadi less annoying… Heheheh… (Bajet diri sendiri tak annoying…). Okey, babai… Annoying… Eh, silap… Annyeong…
 
PS: Kali ni aku tak upload gambar... Heheheh...