Apasal kalau nak nak masuk tahun baru je, masing-masing nak buat azam baru... Konon-kononnya nak berazam la... Bajet je... Macamlah kalau tak masuk tahun baru, tak boleh nak berazam... Contohnya, buatlah azam bulan baru ke, azam minggu baru ke... Heheheh... Mesti semua orang yang baru nak bajet-bajet berazam tu, bengang dengan aku kan... Hihihih... Sebenarnya aku dah malas nak berazam sebab azam aku asyik tak menjadi... So, sekarang aku dah tak nak dengar pasal keazaman, malah malas nak bercerita pasal azam lagi...
Ini ialah contoh bunga api...
Okey, sekarang aku nak cerita pasal azam aku untuk tahun 2011...(Macam nak kena terajang je kan? Dah kutuk-kutuk pasal keazaman, nak berazam pulak...). Tapi aku mintak sangat jasa baik korang supaya tidak terajang aku...Hihihi... Sekarang aku back up balik kata-kata aku di atas tadi... Yang mana? Yang pasal azam tahun baru tu lah! Tak kanlah itu pon nak tanya??? Setiap kali nak masuk tahun baru, mestilah ada orang buat azam tahun baru, tak kanlah nak buat azam malam minggu pulak kot??? Dah kata nak masuk tahun baru... Tak kanlah nak buat azam malam minggu pulak kot??? Eh, ada repitition pulak... Heheheh... Dan azam tahun baru aku kali ini ialah:-
- Nak layan semua peminat aku dengan baik... Eh, bajet artis la pulak...(sila abaikan yang ini...)
Inilah antara peminat aku yang obses dengan aku... Namanya Rogayah...
Britney pon obses dengan I... Tanx Britney, really appreciate it...
(Ee... Bestnyer dapat buat bende-bende macam ni...)
- Nak jadi semakin rajin supaya boleh dapat dekan macam kawan-kawan aku yang dapat dekan...(Macam mustahil lah pulak...)
Inilah yang aku idamkan tetapi tak mungkin kumiliki...
(Dengan sesuka hati je menciplak tanpa izin gambar dari blog orang lain...)
- Lepas tu, nak pastikan konsert menjelajah dunia bagi membantu negara miskin aku pada tahun 2011 berjaya...(err... yang ni pun sila abaikan.)
Harap-harap berjaya!!! Korang join tour ni ya...Hahahahk
(Bahagianya aku dapat berangan...)
- Nak buat semua assignment dengan sempurna supaya dapat dekan...(Macam sama dengan yang no.2 je...)
Sekali lagi mencuri tanpa izin dari blog orang lain dengan sedikit sentuhan kreatif aku...Asalnya semua bentuk hati tu xde...
(Berlagak bagos! Tu pon nak bagi tau... Padahal senang je nak buat... Dah macam gedik dah aku tengok...)
- Nak jadi seorang yang berjimat cermat... Kalau boleh nak makan roti je untuk lunch... Pastu, x makan-makan dah...Heheheh...(Yang ni pon macam tak mungkin je...)
Nak kumpul duit banyak macam ni...Boleh x???
- Pastu, nak jadi seorang yang lebih baik dan menghormati orang lain dan bersikap lebih sopan santun...
Gambar xde kena-mengena...(Ee... besarnya idong aku...)
- Nak pastikan filem terbaru aku bersama Robert
ParkinsonPattinson danTelorTaylor Lautner akan mendapat sambutan yang terhangat di pasaran...(yang ni jangan abaikan...).
Kami bertiga memang gandingan hebat... Aku akan memegang watak hero dalam cerita ni memandangkan aku adalah yang paling popular berbanding mereka berdua setakat ni...(Harap-harap populariti aku berkekalan ... Amin...)
Hmm... Itu ajelah kot...Buat masa sekarang la... Mungkin aku akan tambah lagi azam aku untuk azam malam minggu ke, azam bulan ini ke...Heheheh...
Nota lobang idong kembali: Nak sambut new year kat rumah je sebab 2 Januari dah kena gerak Kuala Pilah...Selamat Tahun Baru semua...
Nota lobang idong 2: (Boleh pulak ada dua nota...). Mestilah la boleh... Dah kata lobang idong memang ada dua...(Tak tahulah kalau-kalau lobang idong korang ada satu je...Heheheh...). Yang kedua ni aku nak maklumkan bahawa pada tahun 2011 ni, aku akan mencecah umur 17 tahun...(Perasan muda...) Wish me luck for SPM okay... Dan tolong jangan muka beruk tu... Hahahah...















































