Monday, August 13, 2012

Puasa dah nak Habis… Sedih…

Assalamualaikum… Rasa macam dah lama gila babeng tak update blog… Banyak yang aku tertinggal kat sini… Tak lupa jugak blog Inside K-pop yang aku follow semata-mata nak copy gambar HD… (Kantoi copy gambar dari blog dia…). Best blog ni… Dia update gambar yang HD je… Pastu, dah la update laju… Mana sumber dia pon aku tak tahu dan tak nak amik tahu… Yang aku tahu, aku copy je gambar dia… Okey, melalut gila kan???

Actually, aku sedih sangat bila puasa nak habis… Rasa syahdu… Tak tahulah kalau aku sorang yang rasa macam gini… Aku rasa puasa kali ni sekajap… Aku tak rasa penat langsung… Kekadang je rasa penat… Hari tu aku penah keluar zoo dengan kawan-kawan… Tapi tak penat pon rasanya… Cuma haus tahap cipan je la… Dah la panas gila… Melalut lagi…

Bulan puasa ni… Alhamdulillah… Rezeki mak aku melimpah ruah… Mak aku buat kuih frozen… Silalah beli… Saya tolong jugak tao… Sedapp… Ingatkan tak laku bulan puasa ni tapi makin laku ropanya... Saya yang tak bekerja sepanjang menunggu masuk degree ni pun tolong la… Best… Aku suka tolong… Aku memang rajin bab tolong-menolong ni… Sebab aku still tak rasa penat buat semua tu… Aku teringin nak rasa penat time bulan puasa macam dulu… (Kejadah sangat… Nak penat apanya??? Orang sahur sepinggan, kau sahur dua pinggan… Orang makan roti besar atau burger besar atau nasik, ko makan semua sekali… Tak pasal-pasal orang tahu aku sahur banyak… Heheheh…). Thanks, mak sebab masakkan sedap-sedap dan banyak-banyak walaupun mak busy… Tengok gambar baju raya aku nak???

Mungkin sukar tuk dipercayai tapi inilah ia...
Chantek tak???


Bye bye… Assalamualaikum…