Laa… Dah 20 tahun rupanya… Ingatkan still 18…(perasan muda…Hahahak…). Tapi abah aku ingat aku baru 18 tahun… Ya! Abah memang tak senonoh… Umur anak sendiri pon x ingat… Tapi aku tak kesah pon sebab bukan salah beliau kalau aku nampak muda… (perasan lagi…heheheh…).
Lupa nak bagi salam… Assalamualaikum… Hari ni aku nak cerita pasal hari jadi aku yang ke-20… Memang agak menyedihkan bila kita tak dapat sambut birthday dengan keluarga tercinta…(Maknanya time tu aku ada kat Kuala Pilah la…). Sedih x??? Sedih kan… Ye la… Bukannya selalu kita akan sambut birthday yang ke-20 tahun. Cuma dua atau tiga kali je… Heheheh…(Kantoi lak…).
Tapi aku baru sambut birthday hari ni… Heheheh… Maknanya sebelas hari selepasnya… Heheheh… Okay, malas nak citer panjang sebab ada citer lain aku nak citer pas ni… Korang tengok gambar dulu sebelum beralih ke cerita hot seterusnya…(Hahahah…bajet hot…).
Ni hadiah dari my little sister yang gedik...
Terpaksa kongsi kek dengan adik aku(Nabihan) sebab birthday dekat-dekat...
Tak perlu membazir...(Ceh, bajet...)
………………………………………………………………………………………………..
Pencuri Kasut Badikha…
Okey, sebelum apa-apa, aku nak mintak maaf kalau cerita ni ada menyinggung perasaan sesiapa… Sebab aku memang langsung tak ada niat nak malukan sesiapa… Aku tulis kat blog ni sebab kesiankan kat kawan aku sendiri iaitu Badikha… So, jangan nak anti aku sanghatlah en sebab pendapat aku yang tak berapa boleh pakai ni… Heheheh, peace…
Pada suatu malam…(Korang bayangkan ada bunyi cengkerik tau…). Housemate aku iaitu Badikha, Din, Faris dan Pa’an ada test… (Dorang satu kelas… Aku je sesat masuk kelas lain… Heheheh…). Kelas dorang ada test… Aku ada jamuan untuk Sri Pilah 1 dan Sri Pilah 2…(Sri Pilah 1 dan 2 ni nama kolej untuk pelajar lelaki… Memang tinggal dua blok je…). Then, dalam keadaan yang sangat busy itu, Badikha mendapati dua pasang kasut dia hilang berharga RM800… Then, bukan je kasut dia yang tapi juga RM600 wang dalam wallet dia…(Apa kejadah bawak duit banyak-banyak macam tu??? Suka hati dia la… Duit dia… Sebok je aku ni… Heheheh…). Conclusion-nya, lebih RM1400 yang hilang malam tu… Dah la kaki dia sakit… Malang memang tak berbau sama ada bau wangi macam aku mahupun bau busuk Badikha…
Ni x-ray kaki dia patah...
Yang benda pelik smpai lapan tu ialah skru ngan besi...
(Bajet ngeri...).
Then, kelam kabut semua orang… Sebab memang dah banyak kes kecurian yang berlaku kat kolej ni… Cuma pencurinya belum dapat… Tapi kali ni pencurinya dapat ditangkap… May be kali ni dorang baru sedar yang pencuri tu mesti ditangkap malam tu jugak… Ah… Sayang sangat… Kalau dari dulu dia orang buat macam ni, mesti pencuri tu dah lama kena tangkap… Sebab banyak laptop dah hilang… Duit jangan cerita la…
Sumpah kes ni xde kena-mengena dengan Syana Curi Lagi...
Aku pon pelik macam mana gambar ni boleh ada...
Aku tak masukkan pun... Hihi...
Sorry auw Syana... Mesti ada orang nak sabotaj ko ni... Aku rasa la... Heheh..
Okay, mari mulakan cerita pasal pencuri yang kena tangkap tu… Aku tak kan mention nama dia… Sebab bukan niat sebenar aku nak aibkan orang… Cuma aku juga perlu berjaga-jaga… (Bajet ada orang nak curi barang murah aku… Adeh…). Orang yang ditangkap tu ialah budak part 1… Sangat kesian tapi nak buat cam mana kan… Aku fikir pasal dia masih muda… Kenapa dia mesti rosakkan hidop dia… Sayang sangat… Hopefully dia berubah… (Sangat berharap… Bukan aku nak bajet baik... Betul… Weh, betullah aku iklas…). Pastu, dengar2 cerita ada budak bisnes part 5 yang terlibat… Orangnya tak perlu nak bagi tahu la kan… Sebab dia tak pernah cari pasal dengan aku… tak kan aku tiba-tiba nak tak puas hati dengan dia pulak… So, tak nak komen panjang pasal dia walaupun dia dikatakan salah… Sebab memang terang-terangan Badikha di tempat yang benar…
Okay, apa jadi kat para pencuri tu??? (Kejamnya ayat… Kata tak nak aibkan orang…Okay, aku minta maaf sekali lagi… Tapi aku tak mention nama an… Hahahah…). Bagi aku, Badikha sangat berhati mulia… Aku sangat respect… Dia fikir pasal masa depan dorang jugak… Kalau tidak, budak tu akan kena penjara 7 tahun atau denda RM10000 atau kedua-duanya sekali… Tapi kalau aku, aku pon tak sanggup nak biar masa depan budak tu rosak… Tapi benda tu tak kena kat aku… Kalau kena kat aku, mesti aku bengang gila dan sanggup biarkan dorang kena hukuman tu… Ramai yang tak puas hati Badikha tarik balik kes dia sebab kesian… Yalah, tak adil pulak untuk mangsa-mangsa sebelum ni an… Tapi dah itu keputusan dia… So, budak tu kena tahan kat lokap selama tiga hari… Tapi bila fikir balik, boleh ke budak tu berubah kalau tiga hari je kat lokap… Hopefully berubah la… May be kalau penjara setahun okay kot… (Memang aku sesuka hati nak buat undang-undang sendiri an… Heheheh…). Tapi serius kalau aku jadi budak tu atau sesiapa yang terlibat, aku akan malu gila… Harap benda ni tak jadi kat aku…
Okay, sekali lagi nak cakap, entri bukan nak aibkan orang tapi untuk korang yang baca blog ni berwaspada sebab walaupun kawan, kita kena berwaspada jugak…
……………………………………………………………………………………………
Final Exam dah Start… (Hahaha… Tepaksa Buat Tajuk Macam ni sebab Blogspot tak Benarkan Tulis Banyak Tajuk…).
Hai, ni pulak aku nak citer pasal final exam la kan… Hari Selasa lepas bersamaan 20 September, aku start first paper… Paper eco… Huhu… Susah ke senang??? Tak nak komen… Asalkan aku dah lepas satu paper… Heheheh… Kurang beban aku… Tengok jadual periksa aku jom…
20/09/11 = Economy
28/09/11(Amik ko! Lapan hari gap dia…) = OB(kot… Tak ingat subjek apa… Tapi hati kuat mengatakan ia subjek OB)
02/10/11 = HR(Confuse antara HR and OB… Kalau tak tau, HR ialah Human Resource dan OB ialah Organizational Behavior kot…)
04/10/11 = Investment
Tu je… Empat subjek je sebab CT(Creative and Critical Thinking) tak de final exam…
Then, aku kena menghadapi MUET… Takutnye… Aku amik kat Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik… Exam speaking, 19 Oktober dan Listening, Writing and Reading, 19 November…
So, good luck kepada aku… Eh, kepada semua rakan-rakan seperjuangan juga… Juga kepada rakan-rakan yang tak seperjuangan…
Okay, tu je nak update kali ni… Bye Bye…(Tu je kau cakap?!!! Dah tiga topik kot…). Nak wat cam na… Aku nak lepas gian tulis blog ni… Demi pembaca tercinta… (Hahaha… Perasan lagi… Masing-masing nyesal baca blog ni… Kuhkuhkuh…). Cam mana pon, harap-harap aku dapat dekan lagi macam semester-semester sebelum ni…(Ceh, padahal tak penah dapat…).