Thursday, May 31, 2012

Happy Birthday, Hyomin and Yoona…

Annyeonghaseyo… Heheheh… Maybe it’s a little bit late… But I still want to update about their birthdays… Heheheh… And yes, they share their birthdays… Huhuhuh…

Hyomin T-Ara, 30th May 1989

Yoona SNSD, 30th May 1990

SNSD and T-Ara are the best girl’s K-pop groups for me… Walaupun aku paling suka Sunny dan Jiyeon… Heheheh… Okey, next photos…

Yoona

Hyomin

Sunny dan Hyomin… (Sunny mencapub…).

Sunny dan Yoona… (Mencapub lagi…).

FYI, Sunny sangat rapat dengan Yoona dan Hyomin…

Happy belated birthday, pretty girls… (Hyomin and Yoona…).

Dapat Customer Korea…

Assalamualaikum… Annyeonghaseyo… Tadi kan ada customer Korea datang… Seronok gila aku… Bangga dapat cakap Korea dengan dia… Heheheh… Cerita dia macam ni…

Mula-mula dia cakap English dengan aku… Aku pon cakap macam biasa la… Aku ingat dia Jepun sebab muka memang macam pelik sikit… Lagipon, orang Jepun selalu datang kat Aeon ni… Tiba-tiba aku dengar dia cakap bahasa yang aku paham sikit-sikit dengan kawan dia… Dan aku sangat yakin itu bahasa Korea… Dan dengan confident-nya aku tanya dia… Meh aku buat dialog sikit…

Aku-MERAH
Customer Korea-KUNING

“Are you Korean?”
“Yeah… I’m Korea…” (Dia nampak excited… English dia broken sikit…).
“Annyeonghaseyo… Naim imnida…” (Dengan gaya excited walaupun sebelum ni stress sebab bosan…).
“Woa… Araso, araso….” (Still gelak-gelak… Mesti dia gelakkan bahasa Korea aku…).


Time dah settle...

“Annyeong… Gomasamnida…” (Bow 90 degree…).
“Gomasamnida…” (Sambil gelak-gelak…).

Nasib aku tak menari lagu Gee kat situ sebab terlalu excited…

Actually, itu first time aku cakap Korea dengan orang Korea dan itu jugak first customer Korea aku… Bangga gila aku… Selalunya ada dari Brazil, Pakistan, US, Australia, Canada, Philipines semua tu… Aku cakap English je Tak best… Dah bosan… Heheheh… (Tapi dapat la jugak praktikkan Bahasa Inggeris aku yang pon x berapa nak betul ni… Yang penting confident… Haha…).



Okeylah, ini sahaja kebanggaan dan kesusilaan aku… Tak sangka dia paham aku cakap… Sedih lak nak berenti keje… Aku last 4 June nanti… Babai… Annyeong…

p/s: Pastu, kecoh satu dunia dapat cakap Korea dengan orang Korea… Loser gila kan??
 

Sunday, May 27, 2012

Salah Aku Ke???

Assalamualaikum… Sorry kalau tajuk ni sedikit mengelirukan… Aku pond ah tak da idea nak fikir dah… Yang penting, benda ni sangat membebankan kepala otak aku… Sampai aku rasa macam nak berenti kerja je… (Padahal dari dulu dah rasa macam tu… Heheheh…).

Actually, aku ada satu kisah yang agak pelik… Pelik tapi benar… Aku bukan nak perasan… Sorry kalau ada yang rasa aku memang perasan… Tapi aku rasa ada seseorang yang obsess dengan aku… (Bajet tak ayat???). Nama budak tu tak payah bagi tahu… Cukuplah kalau korang kenal dia dengan nama F… Aku sendiri tak sedar sejak bila dia mula berperasaan kat aku… Tapi aku just layan dia sebagai seorang kawan… Rasanya aku tak pernah bagi harapan palsu kat die…

Cuma aku selalu menyusahkan dia dan selalu mintak tolong dia cash out duit untuk aku… Then, dia start mesej aku dan cakap nak kenal aku dengan lebih dekat… Untuk berkawan, aku memang ikhlas… Aku tak kisah nak kawan dengan dia… Kalau boleh aku memang nak berkawan dnegan ramai orang… Tapi lama-lama, keadaan jadi makin pelik… Dia macam paksa-paksa aku untuk mesej dengan dia walaupun aku xde kredit… Dia macam dah suka kat aku… Sampai aku pun kadang-kadang tak balas sangat mesej dia sebab tak nak dia terlalu berharap…

Lama-lama, otak aku makin terbeban… Dah la dengan masalah keje aku lagi… Then, aku bagi tahu Pian… Pian pon ada nasihat sikit-sikit supaya jangan layan perempuan tu… Ada orang lain pon penah kena… Aku pun buat lah macam Pian suruh… Tapi aku tak sekejam tu… Aku tak boleh nak abaikan dia macam tu je…

Tapi akhirnya aku terus terang je yang aku rasa lain mesej dengan dia… Dia frust bila aku cakap aku tak boleh cintakan dia… (Ayat geli…). Dia cakap dia dah silap jatuh cinta bagai… Sampai tak nak cakap dengan aku lagi… Dia cakap aku perfect, handsome dan baik… (Tak perlu citer kot yang ni… Tapi saja nak bangga… Heheheh…). Aku pon mula rasa kekok dengan dia… Hope dia dapat lelaki yang lagi baik daripada aku…

Orang cakap aku tak perlu rasa bersalah sebab dia yang mengharap lebih-lebih… Tapi aku nak buat macam mana… Perasaan bersalah tu datang dengan sendiri… Aku still rasa macam salah aku buat dia frust… Entah kenapa… Agaknya aku memang dah dilahirkan dengan mudah rasa bersalah… Aku nak berenti kerja pon rasa bersalah dengan manager dan kawan-kawan… Bongok kan??? Sekarang, aku still tak tahu nak buat apa…

Eotteoke??? Somebody help me!!!

So, nasihat aku janganlah terlalu meletakkan harapan kat seseorang yang belum tentu milik kita lagi… Nanti kita jugak yang merana… Bukan nasihat untuk F sahaja tapi kita semua termasuk aku… Ya, jujur aku cakap, aku pon ada crush dengan seseornag kat tempat kerja aku tapi tak boleh bagi tahu… Heheheh… Aku pon tak nak letak harapan tinggi kat dia… Nanti kalau tak dapat, tak pasal-pasal frust menonggeng…

Saturday, May 26, 2012

Aeon’s Family Day at Sunway Lagoon…

Assalamualaikum… Annyeonghaseyo… Actually, ini cerita basi… Dah beberapa hari dah… Heheheh… Saje nak cerita jugak… Family Day ni dibuat dua hari… First, hari Isnin (21 Mei 2012) dan Rabu (23 Mei 2012). Aku pergi hari Rabu… Banyak Aeon lain yang ada… Wangsa Maju, Cheras Selatan, Puchong Perdana dan lain-lain…


Sepatutnya, aku tak terpilih pon untuk join… Sebab katanya sesiapa yang masuk 21 April dan seterusnya, tak dapat pergi… Aku pulak 3 Mei baru start kerja… So, aku ni kiranya beruntunglah sebab dapat pergi… untung ke??? Entahlah… X tahu nak kata… Yang penting I had so much fun there… Aku, Pian ngan Din sentiasa bersama… Sebab Faizal tak nak main… Dia kecut kot… Heheheh… Lawak ar Faizal… Muka ganas tapi takut…

Tapi kebanyakannya aku naik dengan Pian la… Sebab dia yang beria-ia nak naik dengan aku… (Perasan tak aku??). Dari dalam bas sampailah Sunway Lagoon dan sampailah naik bas dalam perjalanan balik… Heheheh…

Okey, mula-mula, kitorang sampai tu… kena tunggu lama gila kat luar sebab kena tunggu apa tah… Then, kena dengar ceramah bodoh apa tah… Tengok persembahan… Sampai aku bosan sebab tengah excited nak mandi time tu…

Last-last, kitorang sewa locker, then , ikut kepala sendiri… Mula-mula, main Tomahawk… Takut gila benda ni… Faizal tak naik… Aku naik dengan Pian… Kecut perut aku… Menggigil kat atas tu… Siap jerit-jerit nama Pian lagi… Habis kantoi segala lakonan aku… Pian kata suara aku paling kuat kat atas tu… Padahal aku dah penat jerit… Rasa macam nak nagis… Tunggu bilalah benda menakutkan tu nak abis…

Ini Tomahawk...
Loser kan amik gambar curi dari internet???

Pastu, naik Lost City of Gold… Yang ni pun menakutkan tapi Tomahawk lagi menakutkan… Pastu, gi berenang-berenang sambil cuci mata… Heheheh… pastu, naik gelongsor ular apa tah… Pendek kata, kitorang memang have fun time tu… Makanan pun sedap… Heheheh… Mata aku dah merah sebab kena menyelam kena air klorin… Penat sangat sampai tetidor dalam bas… So, that’s the end of the day… Babai…

Jambatan gantung...
Gambar curi tanpa izin lagi...


Lost City of Gold...
Okay, stop mencuri... Heheheh...


p/s: Sory tak dapat upload gambar aku kat sana sebab tak de kamera… isk isk isk…



Thursday, May 24, 2012

Happy 19th Birthday, Aron Kwak...

Assalamualaikum... Annyeonghaseyo... Ah, sudah... Mamat mana pulak ni yang bernama Aron Kwak??? Mamat Korea la... Mana lagi??? Actually birthday dia dah lepas... 21 May hari tu... Tapi x sempat nak wish sebab aku pon baru terminat kat dia... Hahahah... Dia dari group Nu'est... Semuanya budak-budak lagi... Dia yang paling tua... Umur 19... (Loser kan minat kat budak-budak??? X kan??? Bluek... Aku peduli apa...). Aku suka tengok dia menari... Dia rap pun best... Pastu, aku suka style dia... Simple... Heheheh... Dah, sekarang ko tengok gambar... Penat aku copy dari google images...

Inilah budak Aron tuh... Muda lagi... Lagi muda dari aku...

Birthday dia 21st May 1993...

Dia buat aegyo la... Suka gambar ni...
(Aron, nanti jangan lupa ajar hyung buat aegyo comel cam tu... Kalau tak jadi, siap ko!!)



Tuesday, May 22, 2012

Semangat yang Hilang…

Assalamualaikum… Annyeonghaseyo… X payah nak annyeonghaseyo… Aku xde mood sekarang… Sebabnya??? Ada banyak sebab… Actually, semangat untuk aku kerja dah lama hilang… Walaupun baru kerja x sampai sebulan…


Pertama, sebab hari tu aku kena kerja malam… kena buat closing semua… Dah la aku x reti buat benda tu… Dulu kata kalau aku kerja full time, xde kerja malam… Janji palsu semua tu… Pastu, kerja malam satu hal, lagi satu kena pulak kerja dengan beruk bertopengkan manusia… Kejam kan ayat??? Tapi itulah hakikatnya… Kat sini aku x perlu nak bersikap professional lagi…

Kedua, aku ditempatkan di tempat yang aku tak suka… Actually, citer dia macam ni… Awas! Anda mungkin tak faham apa yang akan aku cuba sampaikan… Aku start ek… Customer service kat Aeon ni ade dua bahagian… Bahagian bawah, tempat orang amik free gift, tukar barang, coin voucher, segala masalah kena uruskan kat situ… Macam cashier pon ade gak sebab siapa ada mesin cash register sekali… kalau shot memang best… Aku dah la takut dengan benda tu…
Bahagian atas pulak, tempat orang redeem voucher dan berkaitan dengan member card… Serta balut hadiah (staff perempuan sahaja… Walaupun customer pernah request supaya aku yang wrap… Terpinga-pinga aku…heheheh…).
Masalahnya sekarang, aku tak suka bahagian bawah tu sebab kena kerja sorang-sorang… Aku takut sebab xde orang aku nak refer kalau tak tahu… Then, aku dapat pulak kat situ time kerja malam… Then, minggu ni pulak, boleh dikatakan hampir setiap hari aku kat bahagian tuh… Macam bangang… Low terus semangat aku… Huh!!!

Ketiga, dia bagi aku kerja full pulak dan tempat kat bawah tu…

Keempat, kena kerja dengan beruk yang macam nak tak nak je memberi ajaran… Hey, when you’re a senior, it doesn’t mean you have to be arrogant… Sepatutnya ko sebarkan ilmu ko… Bangang… Bajet aku nak sangat keje kat situ… Aku nak berenti dah la… Kalau aku tak kesiankan korang, baik aku x yah belajar buat kerja… Biar korang je buat semua… X payah susah-susah aku nak pening kepala fikir pasal kerja…

This man is just like me... So unhappy...

Itulah antara sebab-sebabnya… Walaupun, dapat pergi Sunway Lagoon untuk family day, aku still hilang semangat nak kerja… Nak gi Sunway pon xde mood… Hurmmm… Hanya customer yang mampu buat aku puas hati… Aku tak tahu kenapa aku akan puas hati bila dapat treat customer dengan baik… Aku suka tengok customer senyum dan ucap terima kasih dekat aku…. Aku suka greet dorang, senyum kat dorang, cakap terima kasih kat dorang…

Tapi tadi aku betul-betul xde mood bila kena jaga bawah sorang-sorang dari pagi sampai malam… Aku x greet dan senyum pon… Aku just cakap thank you je… Teruk kan aku??? So, aku buat keputusan nak kerja sampai habis bulan ni je… Then, terus berenti… Ya, semangat aku benar-benar hilang… Babai… Annyeong…

Ini boleh diibaratkan macam semangat aku...
Ia hilang macam daun-daun yang gugur pada musim luruh...
(Jiwang karatz kan???)

P/S: Kat tempat kerja aku sangat suka pasang lagu Korea… Tapi lagu tu pon tak mampu pulihkan semangat aku…

Monday, May 21, 2012

Happy 43rd Birthday, Mak…

Assalamualaikum… Annyeonghaseyo… Hey, ari tu birthday mak saya… 19 May 1969… Tapi x sempat update sebab balik kampung… So, ari ni la baru dapat update… Selamat Hari jadi, Mak… Semoga panjang umur dan murah rezeki… Love you… Saranghae…

Heheheh... Maaf, gambar curi... Huhu...


Mak dan Abah saya... Happy always... :)

p/s: Gaji x dapat lagi…. So, x dapat beli hadiah… Just beli kad je… Heheheh… Sorry…



Thursday, May 17, 2012

Happy Mother’s Day and Happy Teacher’s Day…

Assalamualaikum… Annyeong… Hai… Ari ni mood aku x berapa baik sebab kena kerja dengan babun tadi… Heheheh… Oops… Mianhae… Apa pun aku akan update pasal Mother’s Day dan Teacher’s Day ye… Walaupun agak ketinggalan zaman tapi ok la kot daripada tak update…


Happy Mother’s Day…


Hey, semua ibu-ibu di seluruh dunia… Selamat hari ibu, ya… Semoga anda semua menjalankan tanggungjawab dengan baik… Especially my mom… You are the greatest mother in the world… Love you… Thanks for raise me this way… I hope I’m a good son to you too… Heheheh… Lupa nak amik gambar kad yang aku bagi… Kalau tak, boleh show off kat sini…

Happy Teacher’s Day…


Hey, semua guru-guru, lecturer-lecturer, senang citer semua tenaga pengajar di seluruh dunia… Selamat hari guru, ya… Semoga anda semua dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik… Especially tenaga pengajar yang pernah memberikan ilmu kepada aku… Thanks, semua… Jasamu dikenang sampai bila-bila…


Wednesday, May 16, 2012

Luahan…

Assalamualaikum… Aku malas nak elaborate panjang-panjang dan tak nak lah pulak mention nama siapa-siapa… So, kalau terbaca, faham-faham sendirilah ya??? Oleh kerana aku sangat malas nak elaborate, aku akan bagi point je…

-Tak pernah aku jumpa ketua se-pemalas macam ko… (Sorry…).
-Staff yang tak lama kerja pun tak reti buat benda basic dengan betul ke??? Then cuba tutup kesalahan sendiri dengan pass kerja tu untuk orang lain…
-Kalau orang tanya dengan niat nak belajar, perlu ke cakap dengan nada perli-perli???
-Kalau staff baru nak belajar, perlu ke ajar dia macam dia dah tahu semua benda sampai dia tak faham??? Ko dulu macam tak pernah belajar pulak… Ko dapat semua benda ke bila first time belajar… Ko expect dia tahu benda yang kau tahu… (Bukan masalah aku… Masalah budak baru…).
-Tak perlulah nak rasa tergugat dengan aku… Aku pun baru belajar lagi… Aku respect senior…
-To my ‘dearest’ customer, walaupun awak tu ‘datuk’ sekalipun, tak perlulah nak berlagak dengan mention gelaran awak berkali-kali dengan lantangnya… Nampak sangat nak orang tahu status awak tu… Buat malu je… Tadi ada customer yang lagi sorang tu pun dato’ jugak tapi low profile je beliau…
-Last but not least, tolong jangan ejek customer depan customer lain… We have to respect them… Korang tahu tak customer yang bayar gaji korang??? Aku yang sekadar pekerja biasa dan baru ni pun tahu benda tu…

Setakat ni, ini sahajalah luahan hati aku… Daaa…. Annyeong…

Tuesday, May 15, 2012

Happy 21st Birthday, Bob…

Assalamualaikum… Annyeonghaseyo…. Aku nak wish birthday kat ko ni… Terharu x??? Tak?? Ok, fine… Heheheh… happy birthday ek??? Aku nak post kad tapi aku sangat demam sekarang…. (Tapi aku gagahkan juga update blog demi ko… Ini tak tipu… Sekarang terharu x???). Dah dua hari aku demam weh… Tak caye, tanye mak aku… Okay la weh… Sorry, x dapat bagi hadiah sebab susah nak post… isk isk isk… Apa pun, semoga panjang umur dan murah rezeki ok??? Babai… Annyeong…

I like this picture... Heheheh...
Sorry tak dapat pilih sangat sebab aku snagat pening sekarang...
Mianhae, chinggu...

Ni masa kita hias blok... heheheh...


Dalam kesedihan, Fakhry masih sempat men-capub... Heheheh...


I like ur wig... Sorry kalau kau x suka...
Tapi aku sangat suka wig ni... :D.
Okay,. bye... Aku dah lemah sangat dah ni...


p/s: Untungla, birthday sama dengan Sunny aku… Huh!!! (MARAH!!!). Heheheh!!!


Happy 23rd Birthday, Sunny SNSD

Annyeonghaseyo… Hai, awak… Birthday awak sama dengan kawan kita la… Tapi awak tua sikit… Tapi saya tak kisah… Saya tetap nak jadi oppa awak… ^^ Boleh kan??? Hihi… Hope you’ll life longer and happily… Saranghae… Muahh…

Sunny, u're so pretty, my eagyo queen... <3


Love ur lips... they're cute... :)


Still cute even with short hair...


Masih comel walaupun rambut macam bulu kambing biri-biri...
(Heheheh... Just kidding... :P)


Alololo... Tomeinya Sunny... Kyeopta...


Baru bangun tido pun comel... Sarangahe...


Sporty style of Sunny... Love it...


Comelnya!!! Geram...
(Orang dah ramai rasa annoyed dengan aku... Heheheh...).


My favourite photo for this entry... Heheheh... <3

Thursday, May 10, 2012

Aeon Card….

Assalamualaikum… Annoying gila kan aku??? Sejak keje kat Aeon ni, asyik citer pasal Aeon je… Hahahahah… Tapi buat apa aku nak peduli kan… Aku kan nak jadi warga Aeon yang berjaya… So, kenelah sentiasa promote walaupun aku x sukakan kerja tu…. Heheheh…

Tadi aku kena kerja kad bahagian J-Card… Ops… Aeon Card… Memang dah tukar nama la since nama pasar raya pun bertukar… So, no more J-Card walaupun masih ramai yang still panggil dengan nama lama… Biasa la tu kan… Bukan senang nak ubah benda yang dah biasa disebut kan… Heheheh…

Ini design-design terbaru... Heheheeh...

Kerja bahagian kad lagi busy daripada bahagian free gift… Aku rasa macam tak putus-putus customer datang… Jari aku hanya rehat beberapa jam je… The bad thing is aku masih baru dan banyak yang aku tak tahu… So, agak terkial-kial la aku… Dengan nervous nya… Muka aku pon memang tak kan nak mesra alam la… Hahahah… But the good thing pulak, aku semakin cepat belajar sebab banyak practice tapi still terkial-kial la nak cari benda… Heheheh… Tak pe… Aku sabar… Thanks korang sebab ajar saya… Kak Wahida sangat professional, baik dan penyabar… Nana pulak sangat kelakar, fun dan comel… (Aku xleh nak panggil dia kakak sebab dia sangat comel… Heheheh…). Nazurah pun baik dan penyabar dengan aku… Kak Hana garang sikit tapi aku still bersyukur sebab dia sudi ajar aku jugak… Thanks, semua… Ok tata… Annyeong… Time to go… Esok cuti… Hooray… (Macam tak banyak citer pasal Aeon Card je kan… hahahah.. Dah boleh tukar tajuk dah entry ni…).

P/S: Kadang-kadang aku lebih nervous bila orang yang ajar aku ada kat sebelah… Heheheh…

Wednesday, May 9, 2012

STEP Program…

Assalamualaikum… Annyeonghaseyo… Ingat lagi pasal STEP Program semalam??? Kahkahkah… Hari ni aku akan syok sendiri lagi nak citer benda yang korang tak paham… Kecuali kalau korang juga bekerja di Aeon sama macam aku… Heheheh… Maksud STEP ni ialah Service Transformation for Excellent Performance… Bukan Step yang lagu Kara tu… Ingat Kpop je korang ni… Xde benda lain nak ingat… macam mana nak berkembang… Itu dia nasihat aku yang dua kali lima je… Hahahah…

Menurut Kak Hidayah, benda ni sulit… Aku tak boleh cerita sesuka hati benda ni kat sini… So, aku akan ingat sorang-sorang je lah… Cuma aku akan kongsikan sikit-sikit je yang tiada kaitan dengan apa-apa, okay???

Pernah terdetik di hati aku untuk resign dalam masa sebulan lagi… (Ayat jiwang…). Tapi STEP program ni buat aku ubah fikiran… Kak/Puan/Cikgu Hidayah, tak kisah lah apa pun yang aku patut panggil beliau… beliau memang bagus… bagi aku beliau patut jadi lecturer atau motivator atau counselor… Sebab Kak Dayah memang ada skill bercakap… Cara dia bercakap memang kelas… Kerlass kau Dayah… Hahahah… Jahat tak aku??? Tapi cara dia cakap tak kedengaran macam berlagak, malah penuh dengan adab… Heheheh… (Mesti beliau bangga kalau baca blog aku… Heheheh…). So, dengan ini, aku buat keputusan untuk teruskan mencari rezeki dekat sini… Mungkin ada hikmahnya aku dapat dekat bahagian customer service ni sedangkan aku mintak promoter je… Aku ingat Allah sentiasa ada untuk menguji dan Dia tak kan menguji kalau kita tak mampu… (Amacam??? Matang tak ayat aku??? Hahahah… Macam masalah besar je…).

Iklan gambar Sandara jap...
Kalau takde gambar, nanti bosan... Heheheh...

STEP program ni ajar aku macam-macam… Membuatkan aku rasa bersyukur, betulkan mindset, dan semakin ikhlas untuk buat kerja… Betul, ia berkesan untuk aku… Orang lain, aku tak tahulah pulak… Tapi apa yang aku dapat masa pelajari benda ni??? Jap tengok gambar…

Aku dapat ni…
Bintang tu ganjaran… Kalau 10 bintang = pangkat dato’. 18 bintang = pangkat tan sri. 23 bintang = pangkat tun… Aku dapat tan sri je sebab dapat 18 bintang… Heheheh…

Hahahah… Just kidding… Memang itu yang aku dapat… Buku panduan, bintang-bintang berkelipan dan pangkat… Tapi sebenarnya itu yang dapat dilihat dengan mata kasar sahaja… Walaupun penuh taik mata yang tak dibuang… Tiba-tiba… Actually, aku dapat sesuatu yang lebih berharga daripada bintang dan pangkat… Aku dapat ilmu dan semangat… (Matang tak ayat aku???). Meh aku tunjuk gambar lagi… Insya’allah… Saya akan ingat segala ilmu yang Kak Dayah ajar…

Eh, silap… (Sah, budak gila Kpop…).

Ini semangat dan ilmu… Comel tak???

So, akulah warga Aeon yang semakin semangat nak bekerja… (Tiba-tiba aku rasa diri sendiri ni annoying…). Tapi aku tak kisah orang nak fikir apa… Yang penting, aku ikhlas dan jadi diri-sendiri… Tapi ni tak bermakna aku dah reti semua benda… Masih banyak aku kena belajar… Aku akan terus belajar untuk memberikan service terbaek wok dekat customer… Hahahah… Semangat Aeon!!! Annyeong… Babai… (Rasa macam dah cukup annoying dah aku dok promote experience sendiri…). Minta diri dulu…


Nota lobang hidung: Heheheh… Bangga aku dapat menang cabaran individu tadi…


 


Tuesday, May 8, 2012

it has been 5 days…

Assalamualaikum… Annyeonghaseyo… Hahahah… Korea gitu… Sedar x sedar dah lima hari aku kerja… Laa… Baru lima hari ke??? Yup… LIMA hari… Dari hari pertama sampai keempat, aku still slow… Banyak benda yang aku tak paham… Aku sangat confuse… Otak aku fenin lalat… Aku tak tau apa yang aku kena buat bila masuk kerja… Bila customer tanya… Sumpah banyak lagi benda yang aku x taw dan masih belajar dan perbaiki… Aku confuse sebab tak tau ajaran sapa yang aku patut ikut… (Not to blame anyone…). Faizal dan Fatin banyak ajar aku macam-macam… (I appreciate that sebab bersabar dengan aku yang agak slow dan masih blurr ni…) And cara dorang kerja memang lain… Aku x tahu nak ikut sape… Aku tak tahu siapa betul… Dua-dua baik dengan aku…

Then, aku masih dalam dunia aku… Aku tak paham dunia dan tradisi pekerja-pekerja Aeon… I don’t understand their terms, their topics, their jokes, their tricks… Almost everything… Aku harap aku dapat belajar dengan pantas dan baik… So, aku boleh buat kerja dan improve dengan baik… Aku jugak harap aku boleh ngam dengan semua orang and tak terlibat dengan apa-apa masalah… (Nak selamat, aku buat kerja aku je… Tak amik tau hal orang….).

Macam ni la gaya aku... Tak amik tau hal orang...
(Bergaya tak???hahahah...).

Lagi, selama aku kerja dalam lima hari ni… Macam-macam cerita yang aku dengar… Orang ni mengumpat dia, orang tu mengumpat dia… Entah-entah aku yang naïf dan innocent ni pon pernah jadi mangsa umpatan sesiapa jugak… (Aku agak yakin…). Aku pon malaslah nak tanya lebih-lebih… Orang cerita, aku dengar… Kalau tanya lebih-lebih, orang kata aku busy body pulak… Aku pun dengar satu pihak je… So, tak adil kalau aku nak terus percaya… Just kena berjaga-jaga jugaklah… Mungkin jugak dorang lebih tahu sebab tu pengalaman dorang… Dah aku syok sendiri merepek tentang citer yang korang tak paham… Jangan risau… Sebenarnya, aku pun tak paham apa-apa… So, sama-samalah kita blurr di sini… (Aku sekadar melepaskan tension dari tekanan kerja…).

Backstabbing... Americas Next Top Model aku bagi kaw... Hahahah...
(Sekadar gambar hiasan... Aku x cakap siapa-siapa tikam belakang sape pon... Takde sape luka kan?? Sah aku gila merepek kat sini...).

Satu masa tu, aku pernah decide nak kerja untuk sebulan je sebab tak selesa kerja dekat situ… Mungkin salah satu faktornya sebab aku xde kawan…
But the fifth day makes me change my mind… Aku ikut STEP training program… Maksud STEP tu ‘Service Transformation for Excellent Performance’… Training class la kiranya… Macam biasa, dia buat macam latihan dalam kumpulan and what-so-ever… Tapi macam best la pulak buat benda-benda ni… Kak Hidayah(trainer Aeon Taman Maluri) memang terbaik dan petah bercakap… Love you, Kak Dayah… Hahahah… Gedik lak aku… bagi aku program ni bagus dan buat aku sedar yang aku kat Aeon ni sebab rezeki aku kat sini… Aku jadi bersyukur… (Tapi still tak sure nak berenti ke tak… Masih berfikir…). Aku kena berkhidmat dengan baik untuk customer… Hari ni dah masuk hari keeenam tapi belum masuk kerja… So, esok ada lagi kelas tu… Hope best la… Aku cerita pasal aktiviti program ni kat next entry ek??? Nantikan… Hahahah… Sekarang ni aku tetiba kekeringan idea dan tetiba ilang mood dah… Padahal tengok citer Korea tadi… Citer Love Rain best… (Bajet ade kena-mengena…).

Babai… Annyeong… Saranghae…



Thursday, May 3, 2012

First Day di Aeon Taman Maluri…

Assalamulaikum… Annyeonghaseyo… Tahu kan Jusco dah ditukar nama kepada Aeon… Heheheh… Sekarang ni aku mula berkhidmat di Aeon Taman Mallory Maluri… Hahahah… Aku bekerja sebagai customer service…

Untuk first day, aku terpaksa erkkk sikit la…  Serius, kerja ni bosan… Maybe sebab aku tak tahu buat apa-apa lagi… Orang yang keje kat situ kebanyakannya semua dah sebulan kerja sekurang-kurangnya… So, aku je la yang awkward sikit since dorang dah kenal sesama mereka… Aku je sorang-sorang dan tak de kawan lagi… Tapi takpe… Aku boleh harungi dengan cekal… Ewahhh… Bajet nampak… Actually, aku kena bersyukur sebenarnya sebab bukan senang nak dapat kerja sekarang… Aku je tiba-tiba terlebih bernasib baik… Mintak keje, terus dapat… Alhamdulillah…

Tapi kan keje aku complicated sikit taw… (Ataupun aku sorang je yang rasa macam tu sebab tak biasa lagi…). Aku tengok orang lain semua laju je buat kerja… Aku pulak sangat amat noob dan slow… Selain tolong-tolong sikit, kerja aku ialah termenung… Best kan??? Best pale hotak kaw… Bosan adelah… Hahahah… Walaupun tiba-tiba dia pasang lagu Korea tadi… Dia pasang lagu SuJu, T-Ara, SNSD, Shinee dan lain-lain… (Aku geram je nak menari tapi aku sabar… Ini masih permulaan, masih awal untuk aku tunjukkan bakat aku…). Lagi satu yang membuatkan aku terkejut beruk ialah Peah keje kat situ jugak… Peah mana pulak dah??? Haa… Nama dia Sofea… Dia pernah sekolah dengan aku dulu… Dia junior la… Beza umur dua tahun… Kitorang kenal masa jadi PRS… Ade cerita dengan Sofea ni… Tapi takpelah… Biarlah ia menjadi rahsia setakat ni… Okeylah, tu je… Huhu… Annyeong…