Wednesday, May 9, 2012

STEP Program…

Assalamualaikum… Annyeonghaseyo… Ingat lagi pasal STEP Program semalam??? Kahkahkah… Hari ni aku akan syok sendiri lagi nak citer benda yang korang tak paham… Kecuali kalau korang juga bekerja di Aeon sama macam aku… Heheheh… Maksud STEP ni ialah Service Transformation for Excellent Performance… Bukan Step yang lagu Kara tu… Ingat Kpop je korang ni… Xde benda lain nak ingat… macam mana nak berkembang… Itu dia nasihat aku yang dua kali lima je… Hahahah…

Menurut Kak Hidayah, benda ni sulit… Aku tak boleh cerita sesuka hati benda ni kat sini… So, aku akan ingat sorang-sorang je lah… Cuma aku akan kongsikan sikit-sikit je yang tiada kaitan dengan apa-apa, okay???

Pernah terdetik di hati aku untuk resign dalam masa sebulan lagi… (Ayat jiwang…). Tapi STEP program ni buat aku ubah fikiran… Kak/Puan/Cikgu Hidayah, tak kisah lah apa pun yang aku patut panggil beliau… beliau memang bagus… bagi aku beliau patut jadi lecturer atau motivator atau counselor… Sebab Kak Dayah memang ada skill bercakap… Cara dia bercakap memang kelas… Kerlass kau Dayah… Hahahah… Jahat tak aku??? Tapi cara dia cakap tak kedengaran macam berlagak, malah penuh dengan adab… Heheheh… (Mesti beliau bangga kalau baca blog aku… Heheheh…). So, dengan ini, aku buat keputusan untuk teruskan mencari rezeki dekat sini… Mungkin ada hikmahnya aku dapat dekat bahagian customer service ni sedangkan aku mintak promoter je… Aku ingat Allah sentiasa ada untuk menguji dan Dia tak kan menguji kalau kita tak mampu… (Amacam??? Matang tak ayat aku??? Hahahah… Macam masalah besar je…).

Iklan gambar Sandara jap...
Kalau takde gambar, nanti bosan... Heheheh...

STEP program ni ajar aku macam-macam… Membuatkan aku rasa bersyukur, betulkan mindset, dan semakin ikhlas untuk buat kerja… Betul, ia berkesan untuk aku… Orang lain, aku tak tahulah pulak… Tapi apa yang aku dapat masa pelajari benda ni??? Jap tengok gambar…

Aku dapat ni…
Bintang tu ganjaran… Kalau 10 bintang = pangkat dato’. 18 bintang = pangkat tan sri. 23 bintang = pangkat tun… Aku dapat tan sri je sebab dapat 18 bintang… Heheheh…

Hahahah… Just kidding… Memang itu yang aku dapat… Buku panduan, bintang-bintang berkelipan dan pangkat… Tapi sebenarnya itu yang dapat dilihat dengan mata kasar sahaja… Walaupun penuh taik mata yang tak dibuang… Tiba-tiba… Actually, aku dapat sesuatu yang lebih berharga daripada bintang dan pangkat… Aku dapat ilmu dan semangat… (Matang tak ayat aku???). Meh aku tunjuk gambar lagi… Insya’allah… Saya akan ingat segala ilmu yang Kak Dayah ajar…

Eh, silap… (Sah, budak gila Kpop…).

Ini semangat dan ilmu… Comel tak???

So, akulah warga Aeon yang semakin semangat nak bekerja… (Tiba-tiba aku rasa diri sendiri ni annoying…). Tapi aku tak kisah orang nak fikir apa… Yang penting, aku ikhlas dan jadi diri-sendiri… Tapi ni tak bermakna aku dah reti semua benda… Masih banyak aku kena belajar… Aku akan terus belajar untuk memberikan service terbaek wok dekat customer… Hahahah… Semangat Aeon!!! Annyeong… Babai… (Rasa macam dah cukup annoying dah aku dok promote experience sendiri…). Minta diri dulu…


Nota lobang hidung: Heheheh… Bangga aku dapat menang cabaran individu tadi…


 


2 comments: