Sunday, May 27, 2012

Salah Aku Ke???

Assalamualaikum… Sorry kalau tajuk ni sedikit mengelirukan… Aku pond ah tak da idea nak fikir dah… Yang penting, benda ni sangat membebankan kepala otak aku… Sampai aku rasa macam nak berenti kerja je… (Padahal dari dulu dah rasa macam tu… Heheheh…).

Actually, aku ada satu kisah yang agak pelik… Pelik tapi benar… Aku bukan nak perasan… Sorry kalau ada yang rasa aku memang perasan… Tapi aku rasa ada seseorang yang obsess dengan aku… (Bajet tak ayat???). Nama budak tu tak payah bagi tahu… Cukuplah kalau korang kenal dia dengan nama F… Aku sendiri tak sedar sejak bila dia mula berperasaan kat aku… Tapi aku just layan dia sebagai seorang kawan… Rasanya aku tak pernah bagi harapan palsu kat die…

Cuma aku selalu menyusahkan dia dan selalu mintak tolong dia cash out duit untuk aku… Then, dia start mesej aku dan cakap nak kenal aku dengan lebih dekat… Untuk berkawan, aku memang ikhlas… Aku tak kisah nak kawan dengan dia… Kalau boleh aku memang nak berkawan dnegan ramai orang… Tapi lama-lama, keadaan jadi makin pelik… Dia macam paksa-paksa aku untuk mesej dengan dia walaupun aku xde kredit… Dia macam dah suka kat aku… Sampai aku pun kadang-kadang tak balas sangat mesej dia sebab tak nak dia terlalu berharap…

Lama-lama, otak aku makin terbeban… Dah la dengan masalah keje aku lagi… Then, aku bagi tahu Pian… Pian pon ada nasihat sikit-sikit supaya jangan layan perempuan tu… Ada orang lain pon penah kena… Aku pun buat lah macam Pian suruh… Tapi aku tak sekejam tu… Aku tak boleh nak abaikan dia macam tu je…

Tapi akhirnya aku terus terang je yang aku rasa lain mesej dengan dia… Dia frust bila aku cakap aku tak boleh cintakan dia… (Ayat geli…). Dia cakap dia dah silap jatuh cinta bagai… Sampai tak nak cakap dengan aku lagi… Dia cakap aku perfect, handsome dan baik… (Tak perlu citer kot yang ni… Tapi saja nak bangga… Heheheh…). Aku pon mula rasa kekok dengan dia… Hope dia dapat lelaki yang lagi baik daripada aku…

Orang cakap aku tak perlu rasa bersalah sebab dia yang mengharap lebih-lebih… Tapi aku nak buat macam mana… Perasaan bersalah tu datang dengan sendiri… Aku still rasa macam salah aku buat dia frust… Entah kenapa… Agaknya aku memang dah dilahirkan dengan mudah rasa bersalah… Aku nak berenti kerja pon rasa bersalah dengan manager dan kawan-kawan… Bongok kan??? Sekarang, aku still tak tahu nak buat apa…

Eotteoke??? Somebody help me!!!

So, nasihat aku janganlah terlalu meletakkan harapan kat seseorang yang belum tentu milik kita lagi… Nanti kita jugak yang merana… Bukan nasihat untuk F sahaja tapi kita semua termasuk aku… Ya, jujur aku cakap, aku pon ada crush dengan seseornag kat tempat kerja aku tapi tak boleh bagi tahu… Heheheh… Aku pon tak nak letak harapan tinggi kat dia… Nanti kalau tak dapat, tak pasal-pasal frust menonggeng…

2 comments: