Monday, June 4, 2012

Resignation as Customer Care Assistant…

Assalamualaikum… Ya, memang sepatutnya aku resign 4 June tapi kat jadual kerja, nama aku dah tak de… So, hari last aku ialah tadi… 3 June… Sedih… Sangat sedih tapi nak buat macam mana kan??? Aku tak ada pilihan lain… Aku dah tak sanggup nak kerja situ lagi… So, sekarang aku akan duduk di rumah semula dan menjalani hidup aku macam dulu… Heheheh…

Aku ada plan nak amik gambar dengan semua orang masa hari last tapi memang tak jadi la sebab hari Ahad kan wajib busy… Pelik kalau x busy… Kalau aku last hari Isnin, boleh la jugak nak touching-touching ngan dorang… Ok la, sini je untuk hari ni… Babai… Aku mesti datang lagi lagi kat Aeon… Heheheh…


Sunday, June 3, 2012

Aku Rimas, Aku Lemas…

Assalamualaikum… Okey, ini memang cerita pasal perempuan bernama F tu… Bukan nak aibkan dia tapi sekadar nak melepas perasaan… She’s too much… Aku dah x boleh bersabar dengan dia… Dia ingat aku suka ke dia buat macam tu??? Dia buat aku bertambah menyampah dan meluat dengan dia… Pleaseee… Stop it… Aku tak suka kao la…


Sangat annoying bila dia asyik berkepit dengan aku setiap masa... Then, intai-intai aku… Aku tak suka… Rimas… Lemas… Tahu tak??? Tak cukup dengan tu, ko tak abis-abis pujuk aku jangan berenti… Bosan lah… Tapi aku tak lah kejam sangat pulak nak sound direct kat kau… Tapi tolonglah paham… AKU TAK SUKA KAU!!! (Kan bagus kalau aku sampai hati nak cakap macam tu kat kau….). Tapi aku sedar aku kena jaga mulut jugak… Tak boleh terlalu lancang… Kang ada yang kena jampi pulak… Bukannya percaya benda-benda tahyul… Sebelum ni aku x pernah fikir macam ni… Tapi Si F ni sangat pelik… Sumpah aku x nak cakap lebih-lebih dengan dia… Yang aku tahu, aku akan stop mesej ngan die lepas aku berenti keje ni… (Aku dah buat surat resign dah…). Dah la dia penah ugut nak koyak surat resign aku… Macam psycho kan??? So scary… Bila aku cuti atau x datang keje pon dia still kacau aku jugak… Aku rimas…

Pastu, dia ada bagi coklat kat aku… Siap berbalut cantik… Aku simpan dalam stor tempat kerja… Then, hilang… Ada orang curik… Lawak kan??? Heheheh… Aku x kisah pon sebab aku xnak pon coklat tu… Bukannya tak menghargai tapi aku xnak apa-apa dari dia… Tapi dia x tahu pon coklat tu hilang… Then, dia cakap nak bagi benda lain yang lebih special… Harap-harap plush toys… Tapi kalau boleh aku xnak apa-apa… Tolong la bagi orang lain… At least, yang lagi layak… Yang tak boleh blah, dia boleh pulak nangis bila aku cakap nak berenti… Macam eee… X taw nak cakap… Sumpah annoying… Then, dia suruh aku buat surat resign untuk dia gak… Katanya dia tak leh hidup tanpa aku… Dia just nak aku… Ya, ayat-ayat dia sangat annoying… Tak perlu nak cakap semua kat sini… Padahal dulu masa aku tak masuk keje situ, okey pulak dia keje kat situ…

So, sekarang aku harap kau berenti buat perangai annoying lagi sebelum aku semakin menyampah dengan kau…

Sejak kebelakangan ni, aku rajin tulis panjang-panjang kan??? Aku pon x taw apesal aku x boleh berenti bila dah start menaip… Kadang-kadang rasa macam aku patut menulis novel je… Itu pon kalau aku layak la… Dan juga kalau tak busy… (Berangan lebih kan??? Heheheh…).


P/S: Walaumacammanapun, aku tahu kau memang baik dan aku harap kau dapat lupakan aku dan jumpa lelaki yang lagi baik dan sesuai dengan kau… (Bukan aku nak bajet tapi ni ikhlas…).



Saturday, June 2, 2012

Resign…

Assalamualaikum… Hello… Annyeonghaseyo…

Rasa macam dah bagi tau dah yang aku dah nak berenti kerja… Aku dah bagi surat dah pon… So, hari last aku kerja ialah pada 4 Jun 2012… Sebabnya??? Kalau ikut surat, sebab dia aku cakap nak sambung belajar… Belajar apa aku pon tak tahu… Belajar pasal dunia K-pop la kot… Hahahah…

Tapi sebab sebenarnya ialah aku tak suka kerja kat situ… Aku kena mengaku yang kerja tu agak senang dah bukan senang nak dapat… Aku masih bersyukur sebab diberi peluang… Tapi aku tak suka environment die… Aku x suka senior yang berlagak dan bajet diri mereka tu bos bila manager x de… Ia sangat annoying… Tapi aku boleh tahan lagi benda tu… Aku fikirkan kawan-kawan yang lain… Sedih nak tinggal dorang… Tak logic kan kalau aku nak berenti hanya disebabkan dua tiga orang… So, aku cuba bersabar sampai bulan hujung bulan enam…


Tapi aku ada masalah lain lagi… Aku selalu ditempatkan kat bahagian bawah yang jaga free gift, exchange, refund barang semua… Aku tak suka tempat tu… Sebab aku kena kerja sorang-sorang… Tak ada tempat bergantung… Dah la kadang-kadang kena kerja malam… Aku pulak tak reti closing… (Tapi sekarang aku dah reti dah… Aku boleh buat sorang-sorang dan tak kisah lagi kerja malam…). Betul kata Faizal… Lama-lama aku akan suka kerja bawah sebab aku boleh buat hal sendiri dan ikut kepala sendiri tanpa orang tahu apa aku buat… Sekarang aku suka kerja bawah sebab banyak parking assistant, cashier dan TRC yang tolong aku buat kerja… Tak sangka dorang sangat memahami aku yang tak reti buat semua tu… Walaupun dulu aku tak reti buat semua tu, aku still sabar dan masih cuba nak kerja sampai bulan enam jugak…

Dan masalah aku yang lain, aku mula rasa macam dorang bias bila buat jadual aku… Dorang dah tahu aku tak suka kerja bawah time tu tapi asyik aku je yang kena… Ini tidak adil!!! Alasan dorang semua orang kena belajar kerja dekat bawah… Tapi aku tengok ramai je pekerja senior yang still tak reti kerja kat bawah… Customer nak bayar pakai credit card pon dorang tak tau buat… Nampak sangat dornag sengaja nak suruh aku dengan Faizal je yang jaga kat bawah kan??? At least, suruhlah orang lain belajar sama… So, aku dah mula paham permainan dorang… Luaran nampak baik tapi ada udang di sebalik batu…

Kalau udang ni sedap la jugak kan... Heheheh...

Seterusnya, yang ni paling buat aku tak tahan sampai aku betul-betul nekad nak berhenti… Aku sangat rimas dengan sorang budak ni… Nama dia F, bukan nama sebenar… Serius!!! Dia buat aku rasa macam nak berhenti sampai aku terus tak fikirkan kawan-kawan aku yang lain… Aku dah tak kisah pasal orang… Biarlah aku rasa bersalah macam mana sekalipon, tapi minah tu memang buat aku tak tenang… Dia syak aku nak lari dari dia walaupun aku nafikan… Ya, memang betul kau tu salah satu faktornya… Tapi kalau kau dah tahu macam tu, kau still buat aku rimas lagi kenapa??? Tak payahlah merayu dan amik tahu hal aku lagi… (Sekarang aku nampak macam lelaki kejam kan??? Tapi korang tak berada kat tempat aku…). Aku bukan jenis yang suka maki orang sesuka hati… Aku tolak dia dengan cara baik… Tapi dia yang tak paham bahasa…

Tapi aku still hantar surat untuk resign kan… Sebab aku nak berhenti dengan cara baik… Ya, memang aku ada tak puas hati dengan cara dorang bekerja tapi aku datang mintak kerja dengan cara baik… So, aku bersyukur sangat diberi peluang untuk cari rezeki dan pengalaman kat situ… Jadi, bila kita datang dengan cara baik, aku rasa ia rasional untuk aku berhenti dengan cara baik jugak kan??? Heheheh…
                                                                                                                                           
So, aku decide nak berhenti… Hope korang semua dapat kerja dengan baik… I’m pretty sure that I’m gonna miss you guys…


P/S: Mak aku x senonoh… Beliau gelakkan aku bila dapat tahu pasal F… Dan beliau terus nak melawat aku sebab nak tengok budak tu… X senonoh kan beliau…