Mak aihh… Panjangnye tajuk… Assalamualaikum… Hihihi… Sebenarnya hari Khamis lagi saya dah balik tapi baru nak update blog ari ni… Sebab saya terlalu penat kerana terpaksa mengharungi perjalanan selama 40 jam dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur…(Nama semua nak Kuala je…). Ok la… Mula-mula saya nak cerita pasal hari pertama aku kat Kuala Pilah untuk sem 4 ni… Saya sampai di sana pada pukul 7.00 pagi…(Bapak semangat…!!). Semua ni semata-mata nak dapat kolej… Heheheh… Chewahhh… Xde la… Sebenarnya sebab parents aku kena hantar kakak aku kat UiTM Bandaraya Melaka… So, aku kena la datang awal sikit…
![]() |
| Gambar ini diambil di rumah Bob...Hahaha...Jerawat di atas idong... |
Hal kolej memang lambat nak settle… Dah la macam-macam masalah aku… Nasib baik dapat jugak kolej walaupun hanya di ruang tamu… Alhamdulillah… Di sini saya dengan penuh hipokritnya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kolej kerana memberi ruang tamu kepada saya untuk semester ini!!! Harap-harap sem depan dapat lagi… Hihihi… Dah la aku dengan penuh berani matinya tak mencari langsung rumah sewa… Kah kah kah…(Gelak macam jin afrit…). Kat bawah ni ada gambar bilik ruang aku… Aku hanya berdua di dalam rumah ni… Housemate aku tu namanya Camille Kamil… Dia budak sains… Semester 4 jugak… Baik budaknya… Bersopan santun, rajin ke PI… PI tu apa??? PI tu pusat Islam…(Aku pun baru tahu hari tu… Tu pun sebab dia ajak aku gi solat kat sana…). Pusat Islam ni sebenarnya surau tapi diberi nama PI ala-ala PS yang membawa maksud Pusat Sumber… Entah-entah pas ni kafe a.k.a. Anjung Pepatih pon akan diberi nama PM… Pusat Makanan… Hahahah… Okeylah, tengok la gambar dulu…
![]() |
| Ni katil aku... Hello Kitty babe...(Bapak gedik!!!) |







No comments:
Post a Comment