Friday, August 26, 2011

Tragedi 19 Ogos…

Assalamualaikum… Ya… Seperti yang tertera di ruangan tajuk di atas, cerita ini memang agak ketinggalan zaman… Tapi ia amat penting untuk dikongsi di sini since ia adalah salah satu pengalaman yang sangat tidak dapat dilupakan…

Mula-mula, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada seorang sahabat aku yang meninggal pada hari tersebut… Arwah meninggal disebabkan kanser usus… Walaupun tak rapat, tapi kami masih kenal… Semoga roh arwah tenang di sana…

Okay, mula-mula hari ini bermula dengan kejutan pemergian arwah… Aku terkejut gila dengan berita itu walaupun ramai yang mengjangkakannya memandangkan keadaannya sudah semakin kritikal… Lepas tu, kawan-kawan mengajak aku untuk menyempurnakan pengebumiannya di Bangi… Aku memang nak pergi… So, kelas yang dari awal memang aku nak ponteng, aku terpaksa ponteng juga…

Tapi kami tak sempat pun melihat segala proses pengebumian arwah sebab lewat bertolak iaitu pukul 9.30 dan mayat dikebumikan juga pada pukul 9.30… So, kita orang hanya melawat kuburnya sahaja… Okay, biarlah yang pergi tetap pergi… Tak guna kita meratapi pemergiannya… Biarlah rohnya tenang di sana… Lagipun arwah pergi pada hari yang baik iaitu hari Jumaat dan 10 Ramadhan terakhir…

………………………………………………………………………………………………………

Sepanjang hari hidup aku suram dan tidak tenteram… Tak tahu kenapa… Aku memang sensitif dan emosional sikit dengan perkara yang berkaitan dengan kematian… So, aku terus call mak aku di KL dan bercerita ssdikit dengan beliau… Okay, stop it dengan ayat-ayat yang skema bagai akulah penulis terkenal dengan ayat-ayat puitis…(And seriously, it’s very annoying…). Then, aku text kawan-kawan rapat aku… Aku bukanlah jenis yang pandai nak luahkan yang aku sayang dorang ke apa ke… So, aku just wish selamat berbuka puasa… Itu je yang aku mampu hantar… Aku tak kisah pun dorang balas ke tak… Aku just nak tahu yang dorang ok… Tu je… Heheheh…

Okay, hari tu juga aku berbuka di KFC… Ya, kat Kuala Pilah pun ade KFC jugak… Ingat hina sangat ke tempat ni hah??? Walaupon penuh dengan taik lombu… Heheheh… Ini semua Thani(pronounced as Sani) punya idea… Korang tahu tak Thani tu sape??? Roommate Bob… Korang tahu tak Boobs Bob tu sape??? (Banyak soal pulak la aku ni…). Bob tu kawan aku… Thani ajak kami yang sepatutnya berenam tapi tinggal berlima sebab Mohsein tak jadi pergi… So, yang pergi ialah aku, Bob, Thani, Fakri dan Arip… Kehkehkeh…(Dah la bas penuh gila…)

Dari kiri: Naim, Thani, Bob, Fakri dan Arip...

Kat KFC, ade satu insiden yang tak diduga…(Hopefully Fakri tak marah kalau aku cerita… Heheheh…)… Fakri tolong kita orang order makanan dan teman dia memandangkan aku tak berapa arif dalam bab order-meng-order ni… Then, pekerja dia sangat lembab tahap siput tapi kitorang sabar sebab kitorang faham mereka yang terpaksa bekerja di bulan puasa… Dah abis order tu, Fakri mintak resit… Dan dengan selamba badaknya+x bertolak ansur dan tak memahaminya… Sorang mak cik (dalam lingkungan 30an tapi dikenali sebagai bitch oleh Fakri…) ni cakap… “Tak payah nak resit la... Kan bulan puasa ni…” (Lebih kurang macam tu la bunyinya dan yang paling penting dengan nada yang mengjengkelkan…). So, korang tahulah Fakri macam mana an… Dia terus naik angin tapi tak lah angin smapai macam orang hilang akal… Di cakaplah kat mak cik supaya sabar… Then, mak cik tu still bebel-bebel sorang-sorang bila Fakri dah naik…

Then, aku ngan Arif nak mintak lagi resit supaya senang nak kira memandangkan kitorang semua guna duit Fakri ngan Arip dulu… Tapi Fakri kata tak payahlah mintak resit… Nanti kitorang kena marah… Tapi suami dia pulak masuk campor… Dia panggil aku ngan Arip… Dia tanya, “Bro, ape hal?”… Arip cakap “Nak amik resit…” Pastu, dia mula start nak bagi ‘tazkirah Ramadhan’… Dia cakap... “Tak payahlah resit-resit… Kan bulan puasa ni…” (Padahal dengan tekan satu butang je dah kuar resit… Bodoh! Heheh… Emo jap…). Arip ngan aku dah malas nak dengar ‘tazkirah’ tu… Arif cakap, “Ah, sudahlah…” (Tapi dengan nada yang baik sikitlah dari yang korang imagine…). Aku pulak cakap, “Whateva…” (Ecece… Sampai kat aku terus nak bajet speaking orang puteh…) Tapi aku cakap slow je la… Cukuplah sekadar dia paham gerak bibir aku yang seksi ni… Heheheh…

Okay, sedih dah citer, marah pon dah citer…(Fakri la yang marah… Aku tak… Heheheh…). Okay, cerita yang gembira pulak… Cerita lawak… Dah abis makan KFC tu, ingat nak beli barang sebab dengar citer tak de bas… So, tak perlu nak rush sangat… Boleh call teksi je… On the way nak lintas jalan tu… (Kepada yang takde di tempat kejadian, sila buat-buat paham je apa yang aku cuba nak sampaikan… Heheheh…). Nak lintas jalan tu tibe-tibe Thani jerit… “Woi!! Ade lori!!..." Aku tengok lori tu jauh lagi sebenarnya… Then Arif pulak suruh lari… Abis lintang pukang sume lari sebab takut kena langgar ngan lori… Budak-budak pompan yang xde kena mengena pon lari sekali sebab takut… Heheheh…


Pastu, kitorang nampak bas… Rupanya pak cik bas telah menipu kami dengan mengatakan tak de bas pukul 8.00… Dan kitorang terlepas bas tu… Then, Farrazurin, Kay n Liyana sangat bermurah hati nak tumpangkan kami… (Mungkin dorang tak tahu yang kami ni berlima… Heheheh…). Dan lepas tu, amik kau!!! 8 orang dalam satu kereta… Arip ngan Thani offer diri duduk dalam but kete… Jadi mangsa culik la dorang… Heheheh… Serius lawak gila… Lawak kan??? Okay, tak lawak…

Mangsa culik... Hahaha...


Heheheh...

Dah la… Tu je nak citer… Nanti korang bosan pulek… (Padahal memang korang dah bosan pon… Heheeheh… Tapi aku nak citer jugak… Biar syok sendiri sikit… Hahahah…). Bye bye…

No comments:

Post a Comment