Wednesday, April 25, 2012

Aktiviti Pada Masa Cuti…

Assalamualaikum… Annyeonghaseyo… Naim Imnida…

Hari ni aku nak kongsi cerita tentang cuti aku yang tak berapa nak best dan membosankan… (Tapi bagi aku best je… Aku suka boring-boring ni… Hihi…).


Aku belum dapat keje lagi… Actually, aku x cari pon keje… Kalau cari pun, cari kat dalam internet je… Sebab mak aku pelik sikit… Beliau tak bagi aku kerja… Katanya, beliau rasa aku terlalu muda untuk kerja… “Mak, saya dah 21 tahun la… Lupa ek???”. Lepas tu, beliau takut aku penat… Then, beliau takut aku susah nak dapat cuti… Itu semua alasan beliau… Aku tahu… Yang aku pun tak cari-cari keje jugak… Tapi aku nekad untuk keje jugak bila masuk bulan 5 nanti… (Dah la keje sekarang susah nak dapat…). Mak aku pun dah izinkan dah… Heheheh…


Tapi buat masa sekarang, sebagai orang yang tiada kerja, aku banyak melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah di rumah… Kalau keluar pun, dengan family je… Hihi… Antara aktiviti aku, tidur dari pagi sampai tengah hari… Online and download lagu or cerita or variety show or apa-apa yang sama waktu. Then, aku menghabiskan beras kat rumah sampai naik pipi aku… Aku layan Korea, menari sakan, hafal lagu Korea walaupun x dapat-dapat and tak paham maksud, buat research pasal Korea… Baca novel yang lagi 4 tahun baru habis (Dah lama baca tapi still baru bab 20…). Pastu, berangan nak jadi novelis. Tolong mak aku buat kuih (Heheheh… Jangan tekejut… Aku dah pandai buat kuih tapi yang senang-senang je…). Ni yang nak promote sikit ni… Hihi… Mummy saya ada jual kuih frozen yang sedap… Silalah order, ya… RM3 je sebungkus… Ada karipap, samosa, kasturi dan cucur badak… Tapi badak xde taw… (Pang! Kena lempang sekali…).


Okey, itu je aktiviti saya… Fun kan??? Tapi saya tak kisah… Bersyukur je dengan apa yang ada… At least dapat menatap wajah ibu bapa pun dah cukup… Wah!!! Sekarang ni aku berharap aku akan dapat kerja nanti… Hello, korang… Siapa yang tahu ada kerja kosong, offer la saya… Saya nak kerja… Hihi… Tak kisah apa-apa kerja pun… Pelakon ke, penari ke, saya tak kisah… (Demand tak aku???). Okeylah… Bye bye… Annyeong…

P/S: Kalau aku x dapat kerja jugak bulan 5 nanti, terpaksalah aku guna plan B… (Aku nak duit!!! Wargh!!!).

7 comments:

  1. comelnya gambar snsd dgn t-ara... :)

    ReplyDelete
  2. comel kan dorang... saya suka jiyeon... :)

    ReplyDelete
  3. nampaknya aku dah mmg sah gila komen sorg2 dekat blog sendiri.,.., X)

    ReplyDelete
  4. dah lima juta komen dah... heheheh... :)

    ReplyDelete