Friday, March 8, 2013

Lahad Datu dan Semporna Diserang... :'(

Assalamualaikum...

Isu yang akan dibincangkan hari ini agak sensitif ya, tuan-tuan dan puan-puan... Sorry kalau ada fakta  yang tak betul... Aku pon bukannya jenis yang alert sangat dengan isu semasa tapi memandangkan isu ni sangat famous, jadi aku pon terdengar cerita... And of course ingin memberi pendapat aku sendiri... (Walaupun pendapat aku x berapa nak bernas macam nenas... Krohhh...).

Okay, bagi aku isu ni sangat sensitif sebab melibatkan banyak nyawa terkorban... If I'm not mistaken... Sorry for them... Semoga rakyat Malaysia yang terkorban mati dalam keadaan syahid ketika berjihad... Tapi apa yang aku peliknya, bagi aku... Kes ini boleh dianggap jenayah oleh orang asing... But kenapa tetiba Sultan Sulu menuntut hak Negeri Sabah sebagai hak mereka... Then, I've heard the comments from orang ramai... Yup!! Ramai juga orang ramai yang meberikan komen munasabah... Rakyat Malaysia pun ramai yang bijak... Kebanyakan mereka ada passion tersendiri tentang sesuatu... So, mereka yang sangat alert tu, tentulah tahu tentang situasi sebenar walaupun ada antaranya yang tak masuk akal and sekadar hentam je... So, abaikan sajalah komen yang tak boleh pakai tu...

 Then, aku pon cuba berfikir secara logik... Ada sesetengah orang mengatakan yang keadaan ini merupakan mainan politik... You understand me??? Okay, aku mengaku... Aku memang noob and loser gila kalau berkaitan dengan politik... Because I hate politik damn much... Bagi aku dunia politik penuh dnegan tipu daya... Tak kisah parti apa pon... Semuanya sama... Aku cuma nak negara Malaysia aman... Tapi kalau hal kecik pon nak gaduh sana, gaduh sini... Kutuk parti-parti lain... Apakah semua ini??? Cubalah bersaing secara sihat... Si penyokong pon sama jugak... OVER!! Okay, aku dah puas luahkan perasaan aku...

Okay, berbalik kepada isu tadi... Ada logiknya bila orang mengaitkan dengan politik... Kalau betul, bagi aku kejamlah semua yang bermain dengan perkara macam ni sebab dah melibatkan nyawa...  I'm sorry... Aku tak tahu siapa yang salah... Siapa yang memulakan permainan ni but please... Kenapa sekarang mesti timbul??? Sebab masing-masing nak raih undi??? Masing-masing nak kemenangan??? Penting kan kemenangan tu berbanding rakyat sendiri??? Hebat kamu... Jujur aku cakap... Aku masih tak berapa faham pasal politik ni... Aku tak faham apa konspirasi dorang... Semualah aku tak faham... Kena-mengena isu Lahad Datu dengan Semporna ni pun aku tak berapa nak faham lagi... Tapi saja berani nak update kat sini... (Confident gila kan???). Aku kat sini bukan nak kutuk mana-mana parti... Aku cuma nak keamanan... Kalau ada sesiapa tahu perkara sebenar, bagi tahulah aku ya... Aku pon nak faham jugak... Walaupun aku x berminat dengan politik, tapi aku rasa aku kena ambik tahu jugak sebab ia berkaitan dengan keamanan negara aku sendiri... Okay, bye...





P/S: I want peace... Tolong hentikan semua ni... :'(







No comments:

Post a Comment