Sunday, March 9, 2014

Pray for MH370…

Hey, guys… Assalamualaikum…

Rasanya dah mula digembar-gemburkan berita yang tergempar satu dunia ni… Ramai orang pon tentu dah update pasal ni… And aku tentulah salah seorang yang sangat terkejut mendengar berita ni… Iaitu berita kehilangan pesawat MAS yang tidak dapat dikesan oleh radar… Sedih… Betul sedih… Bila bangun dari tidur semalam, dapat satu mesej dari Whasapp tentang kejadian ni…

Komen dari aku, rasanya tiada… Bukannya x ada pendapat tapi rasanya lebih baik mendiamkan diri daripada membuat spekulasi dan teori sendiri… Yup… Memang banyak spekulasi dan khabar angina tau rumors berkaitan tragedy ni… Tapi segalanya masih belum sahih… Hanya Allah yang tahu keadaan sebenar… Dan bagi aku sebagai rakyat biasa yang tidak mempunyai ilmu dalam bidang ni, diam-diam ajelah… Berbincang dengan rakan-rakan, mungkin boleh… Tapi untuk menyuarakan secara terang-terangan di sini, lebih baik x payah… Bukan takut tapi buat apa kita nak tunjukkan kebodohan dan kejahilan sendiri… Tu dah macam membuka aib sendiri…


Kepada ahli keluarga mangsa, aku mendoakan yang terbaik buat mereka… Harapan itu masih ada… Sekurang-kurangnya selagi kita tidak mendapat bukti yang sahih sama ada pesawat itu di-hijack, terhempas, berpatah balik, dan segala yang sama waktu dengannya, Insya’Allah, semuanya masih mempunyai harapan… Marilah kita sama-sama berdoa agar keajaiban tiba… Aku bukanlah insan yang baik sempurna tapi situasi mencemaskan ni betul-betul buat aku rasa insaf dan sedih… Semoga semua selamat dan kita mendapat berita baik dari pasukan penyelamat… Amin…

Pray for MH370....







2 comments: