Assalamualaikum… Itu dia… Tajuk tak nak kalah an… Ok, FYI, aku tengah tak sedap badan sekarang… Semua bercampur dalam pale otak aku yang tengah berat…(Tapi masih lagi nak menaip…).
Okay, terus kepada topik utama kita… Untuk paper HR, aku guna kaedah yang paling berisiko… Nak tahu cam na??? Tapi korang jangan ikut auw… Sebab bahaya… Aku wat pon sebab tersedak terdesak… Aku baca skema jawapan untuk past years je…(Hebat tak aku???). Aku nekad dalam hati tak nak sentuh langsung buku… Buku manual ke, teks ke… X nak sentuh… Slide pon aku tak sentuh… Nota apa satu pon aku tak sentuh… Okaylah, aku tipu… Saja nak bagi gempak… Aku sentuh la slide sikit… Puas hati… Tu pon pinjam punya… Nak wat cam na kan… Awal-awal tak nak study… Pastu, buku-buku plak tak banyak info lengkap… Nasib badan… Tu yang aku buat keputusan nak baca skema jawapan je… Sangat berisiko… Tapi aku tak kisah… (Dan aku akan terkejut kalau aku dapat A untuk HR… First time aku guna kaedah bahaya ni… Tak tau la korang… Ye la korang kan dah biasa guna kaedah orang pemalas ni… Ambik ko!! Heheheh…).
Hasilnya, aku tak leh tido sebab tak tenang… Paper HR pon banyak yang aku goreng… (Hisy, berair pulak idong aku ni… Selsema… Bapak jijik citer kat sini… Korang jangan bayangkan pulak…). Hasil daripada tak leh tido tu, aku demam, pening, selsema, tido melebihi had lepas abis exam, perut masuk angin dan macam-macam… Tapi aku sakit tekak jugak… Maybe sebab banyak sangat menyanyi time belajar HR… Ya, semestinya siap dengan menari… Memekik terlolong sampai orang dari blok lain dengar… Then, aku dan kawan-kawan berkomunikasi dengan orang dari blok lain dengan berleluasa tanpa menghiraukan ketenteraman awam… Hahahak… Nak wat cam mana… Otak masing-masing dah gila sebab stress… Belajar pon asyik gelak-gelak je… nasib tak semua ilmu aku keluar… Maybe dia keluar sikit-sikit je kot…
Ni gambar tengah sakit... Ok, tipu lagi...
Ni sebenarnya gambar tengah study HR...
(Abaikan gaya hiphop x jadi aku...).
Korang mesti tak nak tengok gambar tak sihat aku kerana ia amat menakutkan...
(Mata bengkak...Heheheh...).
Tapi dengan nasib aku yang malang kerana terpaksa bersakit-sakitan itu, aku sangat beruntung sebab ada kawan-kawan yang sangat caring… Thanx sume… Faris, Badikha, Arip, Awe, Ziyad, Iqbal dan semualah… (Otak tak leh pikir sebab terlalu pening tahap cipan…).
Aku diberi obat, diselimutkan ala-ala puteri kayangan… Untung tak jadi aku??? Hahahak… (Gelak tak ikhlas sebab tengah sakit…). Study pon cam bengong je… Ecece… Sempat lagi nak study walopon tengah sakit… (Bajet rajin…). Tapi aku study sikit je… Yang senang-senang dulu… K ah, bye… nanti aku update lagi perkembangan terbaru aku… K.I.T yaw…
Ps: Sorry, kalau ayat merapu sebab kesihatan tengah tak stabil…(Bajet selama ni tak pernah merapu…)

No comments:
Post a Comment