Assalamulaikum… Ko paham tak apa maknanya kalau semester lima dah berakhir??? Maknanya aku tinggal satu semester je lagi di zaman diploma… Cepat je masa berlalu… Rasa macam baru semalam aku habis SPM… Alamak! Terlebih suda…
Okay, di semester lima, aku mengalami macam-macam pengalaman indah dan pahit yang tidak dapat dilupakan… Heheheh… Mungkin aku akan lupa… (Sebab aku ni dah la memang senang lupa… Tapi bukan nyanyuk…). Jadi, sebab itulah aku nak coretkan pengalaman itu di sini… Mula-mula biar aku introduce kat korang housemate aku sorang-sorang…. Dia orang memang gila… Aku sorang je yang normal kat dalam rumah tu… (Heheheh… Mentang-mentanglah ini blog aku… Hahahak…).
Yang ni nama dia Badikha Zahimie yang hot...
Ya... Kawan aku semuanya hot... Yang tak hot pon jadi hot bila kawan dengan aku...
(Heheheh... Bapak perasan...).
Dia pelajar semester lima Diploma Bisnes Study… Dia yang paling gila sekali dalam rumah aku… Tak padan ngan duduk kat ruang tamu… Hahahak… Dia juga yang paling banyak drama sekali dalam rumah tu… Dengan isu kaki patah, isu Lady Gaga…(Aku isu Demi Lovato je… Tak pe lagi…). Lagi isu kecurian, isu dia yang selalu out of ordinary… Banyak yang ade kat dia… Dalam rumah tu, aku paling rapat dengan dia la… Sebab dia sangat satu kelapa dengan aku… Dia suka pakai baju pelik-pelik, buat catwalk dan menari sesuka hati bila dia suka… Lawak an… Okey, tak lawak… Kalau korang tengok, korang akan rasa lawak…
Nik Syakir @ Boy... Boy, you're an alien...
But the hot one... Hahahak...
Nama dia Nik Syakir… Nama glamor dia Boy… Boy, you’re an alien(lagu ET, Katy Perry…). Dia seorang komander… Pelajar semester tiga Diploma Ladang… Dia juga ruangtamu-mate Badikha… Actually, dulu aku ada isu dengan nama dia… Aku dengan confident tahap cipannya ingat nama dia Radin… So, aku pon dengan confident tahap cipan juga panggil dia dengan nama tu… Rasa macam sesuai je bunyinya… Dia pon macam okey je…(Lagi la aku confident tahap cipan yang tu nama dia…). Tiba-tiba aku tengok kad metric dia… Then, barula aku tahu nama dia Nik Syakir… Aku pon panggillah dia dengan nama Nik… Badikha pulak panggil dia Syakir… Then, aku dengar yang kawan-kawan dia panggil dia Boy… Aku pon panggil dia Boy pulak… Heheheh… Dia juga housemate yang baik… Dia selalu cuci tandas… Rajin budak ni…
Ziyad a.k.a. Slutty Bitch...
Amboi kuang ajarnya mulut... Heheheh...
(Saje suka panggil dia cam tu...).
Ziyad ni roommate aku… Budak Diploma Sains semester tiga… I called him bitch… (It’s weird because the word ‘bitch’ is usually for bad woman…). But it’s only okay when I say it… Hahahah…(Apahal aku tiba-tiba speaking pulak ni? Tahu la tak lama lagi nak amik MUET…). Dia tak kisah pon aku panggil dia macam tu… (Ataupun dia kisah sebenarnya…). Tapi dia cakap dia tak tau pun maksud sebenar bitch tu… So, aku pon diam-diam je mengutuk dia… Dia suka menyanyi, bercakap dan suka berdebat... Dia juga suka nak orang dengar cakap dia sometimes… Tapi dia tak suka memaksa… Those things make people think that he is annoying… Sebab tu aku panggil dia bitch… Tapi aku tak kisah pon sebenarnya perangai dia macam mana… Sebab bila dia buat annoying dengan aku, aku annoying balik dengan dia… Best buat cam tu ngan dia sebab dia x kisah… Mula-mula agak sakit hati dengan dia tapi lama-lama aku okay… Kadang-kadang aku suka cara dia bercakap… Nampak matang dan bersemangat… (Aku rasa dia orang yang paling matang dalam rumah ni kot…). Kadang-kadang apa yang dia cakap tu betul… Tapi cara dia ekspreskan benda tu salah… So, orang salah tafsir tentang diri dia… Kadang-kadang aku kesian dengan dia… Tapi aku tahu dia kuat dan dia tak kisah dengan sume tu… Jadi, aku ucapkan chaiyok, Ziyad… Aku tahu ko boleh berjaya dalam hidup sebab ko ade visi hidop ko sendiri… Cuma satu silap ko… Ko terlalu suke menyendiri dan tak kenal dunia luar… Kita kena tahu dunia luar jugak ye… Heheheh… Walau cam na pon(rosak teruk BM…), ko memang pandai buat keje…
Aizudin a.k.a. Faizal Tahir... Heheheh...
Aizudin ialah ketua blok SP1… Tapi tak buat keje pon budak ni… Heheheh… (Suka hati aku je…). Rock and relax kononnya… Tapi tanggungjawab besar… Hahahak… Dia budak Diploma Bisnes Study semester lima… Dia suka buli Ziyad dan Awe…(Tapi mentally je...). Okay, dia juga seorang penyanyi…(yang tak diiktiraf…Sama macam Ziyad…). Rumah kita orang ade dua orang penyanyi tak bertauliah… Heheheh… Aku tak termasuk sebab aku nyanyi cover-cover… Aku nyanyi kat konsert-konsert besar je… Hahahak… (Woit! Citer pasal Din la…). Okay-okay… Muka dia macam Faizal Tahir… Suara dia pon macam Faizal Tahir… tapi tinggi dia tak macam Faizal Tahir… Dia pendek… (Kejam tak??? Hahahah…). Seronok benar aku kutuk dia… Padahal aku okay dengan dia… Heheheh… So, mari kita pergi ke orang seterusnya sebelum banyak lagi aku kutuk dia…
Naqib Faris...
(Bukan main susah lagi aku nak jumpa gambar dia sebab FB x dapat dikesan...).
Ada orang panggil dia Naqib, ada panggil dia Faris… Aku panggil dia Faris… Dia budak Diploma Bisnes Study semester lima… Dia ni budak paling pandai dalam rumah kita orang… Dekan setiap sem… Bajet… (Heheheh…. Padahal jeles…). Dia ni pon otak gila… Suka mandi dengan kunci semua pintu… Dan suka buat aksi lucah tanpa dijangka… Hahahak… Okay, tu je pasal dia…
Itu dia Pa'an... Gambar x nak lagi canggih...
Pa’an atau nama sebenar Farhan asalnya bukan ahli rumah kami tapi kami sangat mengalu-alukan kedatangan dengan hati yang terbuka… Dia dapat kolej kat Melang sebelum ni… Then, dia apply masuk rumah kita orang… So, dia jadi ahli kesembilan untuk rumah SP1 24… Dan berkongsi bilik dengan Faris dan Din yang telah diceritakan tadi… Aku sangat kagum dengan dia sebab dia orang yang paling pandai buat duit… Dia suka buat niaga… Dia siap bukak kedai Western kat kampus kita orang… Hebat kan dia… Heheheh…
Haziq... Budak hensem yang cool... Hahahak...
Dia yang paling tak rapat dengan aku… Tapi dia still baik dengan aku… Cuma may be sebab jarang lepak sama-sama or may be faktor course yang berlainan… Dia budak sains semester lima… Kadang-kadang aku tak tahu dia ada kat rumah atau tak… Heheheh… Jangan marah ye, Haziq… Ko juga seorang housemate yang baik…(Bajet dia baca blog ni…). Lagi, dia juga rajin basuh tandas…
Awe bongok... Heheheh...
Kami satu rumah panggil dia Awe… Dia yang paling selalu dibuli oleh semua orang dalam rumah ni… Dia nampak macam nerd and geek… Tapi aku pon tak tau nak describe dia cam mana… Yang penting dia kelakar… Dia budak Diploma Sains semester dua… Nama awek dia Rogayah(watak yang direka…). Dia juga gila komik… Dia juga pernah cuci kipas aku… Thanx, Awe…
Ya… Berakhir sudah description ringkas tentang mereka…(Ringkas la sangat…). So, y’ll memang housemate yang rawk, hebat dan awesome… Korang beruntung sebab dapat housemate macam aku… Hahahak… (Cam tu pulak an…). Yela… Aku kan menyeronokkan, cute, sweet, caring, daring, loving… Bla bla bla… (Hahahakk…). K, bye… Hope jumpe sem depan… Itupon kalau aku dapat kolej… Lagipon, Badikha, Faris, Pa’an and Din tak nak apply kolej dah… K, bye lagi sekali…
ps: Terima kasih dengan penuh kasih sayang kepada Facebook kerana menjadi sumber kepada gambar-gambar mereka... (Kantoi jadi stalker tadi... heheheh...). Dan terima kasih juga kepada Ariff yang sudi jadi studymate aku selama ni... Nanti aku buat entri berasingan tentang dia... Sebab kali ni entri untuk roommates bengong aku je... heheheh... Aku x bengong... Dorang je bengong... Kiranya aku ni macam saviour la... Bla bla bla... (Panjang gila nota ringkas aku... heheheh...).








No comments:
Post a Comment