Assalamualaikum… Hai… Selalunya, aku citer pasal SNSD kan??? Kali ni aku nak citer pasal kumpulan SuJu plak… Heheheh… Masing-masing bengang… Asal update je, citert pasal Korea… Hahahah… Jom ramai-ramai terajang budak yang tiba-tiba obsess dengan Korea ni… Heheheh… Adeh, sakit… Dah terajang, meh aku start citer…
SuJu ni atau nama panjangnya Super Junior ialah kumpulan Korea yang paling aku minat sekali… Heheheh… Aku suka lagu-lagu dorang… Semuanya canggih-canggih belaka… Yang penting, menari hebat tahap cipan… Hahahah… Super Junior ni pon lebih kurang macam SNSD jugak… Dorang artis bawah SM Entertainment… Yang aku lagi suka pasal SuJu ni sebab dorang punya lifestyle… Dorang ni dah macam adik-beradik… Sangat brotherly… Best tengok dorang cam tu… Main-main, otak gila, gadoh-gadoh… Sumpah best… Aku harap ada kawan yang macam tu tapi aku sendiri tak sure ada ke tidak… Kalau ada pun, tak serapat dorang… Heheheh…
Sesi meng-upload gambar dimulakan...
Time ni dorang nyanyi lagu It's You...
Okey, mari aku perkenalkan ahli-ahli SuJu sorang-sorang pulak…
Mula-mula leader dia iaitu Leeteuk (pronounced as Eeteuk…). Leeteuk is a very good leader… Dia gedik tapi aku suka dia sebab dia lawak… Heheheh…
Leeteuk... Muka nak hensem je...
Padahal otak gila... Heheheh...
Lepas tu, aku nak citer pasal Heechul… Kalau korang tengok gambar dia, mungkin korang akan ingat dia perempuan… Tapi sila take note bahawa ahli-ahli SuJu semuanya lelaki… Heheheh… Dia ni otak gila…(orang cakap la..). Dan mulut dia agak longkang… Heheheh… (Heechul dah keluar dari SuJu sebab masuk tentera…)
Si cantik manis, Heechul...
(Bapak geli ayat aku...).
Lepas tu, Hankyung… Hankyung ni kalau dalam Bahasa Cina dieja sebagai Han Geng… Hankyung merupakan ahli SuJu yang datang dari China… Dan dia ada sikit masalah bahasa… Sikit je, tak banyak… He’s my favourite sebab dia menari semmat… (Bagi aku la…). Dia juga digelar sebagai King of Dancing… Hahahah… Dia dah keluar dari SuJu atas beberapa sebab tapi ahli-ahli lain still berhubungan baik dengan dia… Ecece… Brotherly kan??? Sekarang ni Han Geng dah balik China dan menjalani karier solonya… (Aish… Banyak pulak pasal dia…). So, jangan lupa saksikan filem terbaru lakonannya iaitu The Kingdom… Heheheh…
The China Man...
Next ialah Yesung… Bagi aku suara Yesung ialah yang terbaek dari ladang… Suara dia paling sedap… May be sebab kepala dia besar kot…(Takde kena mengena…).
Yesung... Si kepala besar... Hahaha... Kejam tak???
Lepas tu, Kangin… Kangin pon dah keluar dari Super Junior gak sebab dia nak join tentera... Aku suka suara dia jugak sebab suara dia serak-serak berak sikit… Heheheh…
Kangin... Dalam gambar ni nampak sweet...
Tapi sebenarnya ganaz gila dan banyak cakap... Heheheh...
Lepas tu Shindong pulak… Shindong ni badan dia agak besar tapi dia menari hebat… So, jangan nak pandang rendah kat dia… Heheheh…
Shindong comel... Heheheh...
Lepas tu ialah Sungmin… Dia ni dikenali sebagai aegyo king… Macam Sunny jugaklah kan… Sebabnya dia pon suka buat gaya-gaya comel macam Sunny jugak… Muka dia macam hamster sikit… Heheheh…
Sungmin... Aegyo King...
Lepas tu ialah Eunhyuk… Lepas Hankyung keluar aku paling suka Eunhyuk… Actually, aku memang suka Eunhyuk dengan Hankyung pon… Heheheh… Eunhyuk ni pon menari hebat gila… May be lagi hebat daripada Hankyung pon sebab gerakan dia sharp… Memang terbaek… Lagi satu, personaliti dia best… Dia lawak gila…
Eunhyuk... Dia sangat childish...
Pastu, Donghae pulak… Donghae aku tak tahu nak citer apa sangat tapi aku touching sikit kalau dia cerita pasal ayah dia… Ayah dia dah meninggal dah…
Donghae... Hensem budaknya...
Next ialah Siwon… Siwon ni dikatakan sebagai ahli yang paling kacak… Memang kacak pon… Dia banyak berlakon… Salah satunya ‘Oh My Lady’… Mentang-mentanglah aku tengok cerita tu… Soundtrack citer Oh My Lady ialah Your Doll… Penyanyi dia Sunny SNSD… (Nak jugak bagi tahu pasal budak comel tu… Heheheh…). Dia tak join SuJu sangat sekarang sebab terlalu busy dengan karier solo…
Siwon yang hensem... Malu pulak ko... Tiba-tiba je...
Sselanjutnya ialah Ryeowook… Ryeowook ni budak baik… Ahli-ahli SuJu cakap dia ni macam mak dorang sebab dia selalu masakkan untuk ahli-ahli yang lain… Heheheh… Suara dia pon antara yang paling best… Sengau-sengau sikit bunyi dia… Heheh…
Ryeowook... Muka dia macam patung kan???
Pastu, Kibum pulak… Kibum pon dah keluar sebab dia nak berlakon… Orang cakap dia ni ahli SuJu yang paling cute… Orang cakap la…
Kibum... Cute kan...
Last sekali ialah Kyuhyun… Kyuhyun ni yang paling muda… So, dia ialah the maknae… Suara dia pon antara yang paling best… Lidah dia macam tergulung-gulung sikit… Macam gulung karpet…
Kyuhyun... The maknae...
(Tak abis-abis maknae kao... Terajang sat agi baru taw...).
Itulah ahli-ahli SuJu… Tapi walaupon ada yang berpecah, dorang still rapat… Agak touching la kalau tengok dorang secara realiti… So, tak hairan la dorang ni jadi idola… Sampai ada peminat yang sanggup jerit-jerit, nangis-nangis demi dorang…
Dorang tengah main lompat tinggi...
Then, dorang ada sub-group lagi… Maknanya dorang ada group yang dipecah-pecahkan lagi mengikut genre lagu… Sub-group yang ada ialah Super Junior H, Super Junior M, Super Junior K.R.Y.(pronounce as ‘cry’…), dan Super Junior T…
Super Junior H maksudnya Super Juior Happy ada enam orang ahli iaitu Leeteuk(leader), Yesung, Kangin, Shindong, Sungmin dan Eunhyuk… lagu-lagu dorang semuanya lagu-lagu happy belaka… Heheheh… Salah satunya ialag lagu Cooking! Cooking! yang menampilkan Sunny SNSD sebagai model video klip tu… Sunny lagi… Heheheh… (Padahal Yoona pon ada dalam lagu U dan Marry Me…).
Super Junior Happy...
Happy kan??? Heheheh...
Next, Super Junior M maksudnya Super Junior Mandarin… Sebabnya lagu-lagu mereka ialah dalam Bahasa Mandarin… Tapi ada jugak yang di-Korea-kan… Ahli-ahlinya ialah Hankyung(leader), Donghae, Siwon, Ryeowook dan Kyuhyun… Pastu, dorang tambah lagi lagi dua orang dari China iaitu Zhou Mi dan Henry lau… Then, since Hankyung dah keluar, aku pon tak tau sape jadi leader Super Junior M… Tapi untuk replace tempat Hankyung, Sungmin dan Eunhyuk dimasukkan dalam SuJu M… Salah satu lagu dia ialah Super Girl… Jessica SNSD ada dalam video klip dia… (Saja mention… Kang marah pulak aku mention nama Sunny sorang… Heheheh…).
Super Junior M...
Dari kiri: Zhou Mi, Henry Lau, Donghae, Hankyung, Siwon, Kyuhyun dan Ryeowook...
Zhou Mi...
Henry Lau... The maknae...
Dia pulak jadi maknae... Heheheh...
Super Junior M after Hankyung left Super Junior...
And got replaced by Sungmin and Eunhyuk...
Lepas tu, Super Junior K.R.Y. ialah akronim daripada nama Kyuhyun, Ryeowook dan Yesung(leader)-Semua suara power-power belaka... Lagu dorang lagu-lagu sedih… Tak silap aku la… Tak penah dengar pulak lagu dari SuJu K.R.Y. ni… Model dia Seohyun… (Memang aku suka hati nak bagi ajaran sesat kat sini… Heheheh…).
Gambar ni tak kelakar la... Heheheh...
Last sekali, SuJu T yang bermaksud Super Junior Trot(traditional Korean music) kalau tak silap aku… Ahli-ahli dia ialah Leeteuk(leader), Heechul, Kangin, Shindong, Sungmin dan Eunhyuk… (Adeh, penat pulek tangan menaip… Sape suruh gatal nak wat entri ni… Ahli dia pulak tak penah nak ramai…). Lagu-lagu tradisional yang dimaksudkan ialah ala-ala lagu Cindai, Dikir Puteri, macam tu la… Heheheh… (Suka hati aku je…). Model dia kali ni ialah Hyoyeon… (Bapak kejam tipu helah aku… Hahahah…).
Super Junior T...
Okeylah, tu je la nak share… Tiba-tiba jari kebas dok menaip… Dah tak ada idea pon sama… Biar aku upload gambar je ek… Heheheh…:p… Okay, bye bye…
Dorang ni asik menari je kan...
So, kali ni kita bagi chance dorang berdiri tegak sambil nyanyi lagu Negaraku...
Gambar zaman muda remaja...
Ceh, masing-masing bajet garang... Heheheh...
Ceria pulak...
PS: Seikhlas hati aku, aku sangat admire Super Junior punya friendship…
PS lagi satu: Masih terkejut dengan berita kematian Muammar Gaddafi yang disahkan dibunuh dan juga kematian Marco Simoncelli di atas litar…


























Aaaa ! leeteuk ....comelnya even gambar candit..i love you teukie :) hehehe...
ReplyDeleteI like teukie too...heheheh...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHihi..minat suju ke?Samalah..(grin)
ReplyDelete