Thursday, October 13, 2011

Obsesi Tahap Cipan dengan Korea…

Assalamualaikum… Inilah yang dikatakan hukum karma… Dulu bukan main lagi aku mengutuk orang yang suka Korea… Gediklah, bajet cute-lah… Sekarang!!! Ambik ko!!! Kena batang idong sendiri… Ko pulak yang minat…
Tapi aku rasa aku belum sampai tahap obsess lagi kot… Aku masih baru mula nak berjinak-jinak dengan dengan dunia K-pop nih… Heheheh… Semuanya kerana Arip… Dulu aku just tengok beberapa drama Korea ja… Yang lawak-lawak ja… Sebab aku rasa cerita dia canggih… (Apa yang canggih sangat pon aku tak tahu… Masalah bahasa nih…). Tapi segalanya berubah setelah Arip menunjukkan video SNSD yang bertajuk Day by Day…
Mula-mula tu biasa lagi… Tapi lama-lama aku cair dengan kecumilan mereka bersembilan… Lagi-lagi Sunny…(My favurit…). Sumpah cute gila babeng dan semestinya tahap arnab… WARGH!!! Cute-nya dorang!!! Kenapalah ko tunjuk video tu kat aku, wahai Arip!!! (Gila teros…). Kalau tak, mesti kau boleh pertahankan prinsip anti K-pop aku… Heheheh…
Inilah ahli-ahli SNSD yang cute gila babeng tu...
Dari kiri: Taeyeon, Yoona, Sunny, Seohyun, Sooyoung, Jessica, Tiffany, Yuri and Hyoyeon.

Then, aku makin meminati SNSD bila aku tengok Running Man episode 39… Guest artists dia Sunny and Yoona… Ber-double-double teros minat kat Sunny yang cute tu… (Sunny dah la muka cam bunny…). Heheheh… Pastu, teros mintak video klip SNSD yang lain ngan Arip… Amik ko… Layan teros segala videonya… Aku suka tengok dorang menari… Pastu, hafal nama ahli SNSD sorang-sorang…(Amik masa sampai seminggu…).
Dah hafal semua nama, aku mula menonton video SuJu pulak… Ko tahu tak SuJu tu ape??? Super Junior… Dorang pon best jugak… Aku suka tengok menari-nari ni… (Kalau dulu aku tengok So You Think You Can Dance je…). Dah layan SuJu, aku hafal nama ahli SuJu pulak… Yang ni ade 13 orang ahli asal… Tambah dua dari Super Junior M… Tak tolak yang keluar dari group tu lagi… (Abaikan kalau tak paham apa yang tengah merepek macam kerepek ni…). Tapi yang ni aku amik masa empat hari je nak hafal… Hebat kan??? (Sambil buat muka bangga tahap cipan…).
Super Junior...
Dari kiri: Kibum, Eunhyuk, Shindong, Yesung, Donghae, Siwon, Hankyung, Heechul, Leeteuk, Sungmin, Kangin, Ryeowook and Kyuhyun.

Sekarang ni aku baru layan 2PM pulak… Tapi tak habis lagi video dia aku tengok… Dan semestinya operasi menghafal nama dijalankan… Yang ni senang sikit… Sebab enam orang je… Tak termasuk yang dah keluar…
2PM...
Dari kiri: Jaebeom, Junho, Junsu, Nichkhun, Chansung, Wooyoung and Taecyeon.

Okay, nanti aku citer satu-satu pasal dorang-dorang ni… Kalau nak tahu la… (Dan kalau aku rajin tahap semut merah…). Al-maklumlah… Semuanya aku dah kaji… Tinggal nak jadi keji je lagi… Okay, merepek macam kerepek lagi sekali… K, ah… Bye bye…

No comments:

Post a Comment