Tuesday, October 18, 2011

Karok! Tak Habis-habis Dengan Karok…

Assalamualaikum… Hai, semua… Hari ini topik kita ialah ‘Karok! Tak Habis-habis Dengan Karok’. Best kan tajuk dia… Heheheh… Tapi sebelum tu aku nak citer yang aku jumpa Arip dulu tadi… Ada urusan bisnes sikit dengan dia… Al-maklumlah, orang keparat la katakan… Heheheh…
Then, barulah aku gi Times Square dan berjumpa dengan teman-teman… Heheheh… Kali ini, krew keluar berkarok ialah Ijam, Syana dan Ami… Huhu… Kami berempat sahaja kali ni… Tapi tetap fun dan penat… Huhuhuh…
Ami, Syana dan Ijam... Heheheh...

Sebelum berkarok, kami semua pergi berjalan-jalan di sekitar Times Square dulu untuk mencari makan dan melenguhkan kaki sebelum berkarok…(Tak de kena mengena kan?). Sambil-sambil tu dorang beli barang-barang dorang apa tah… Pastu, barulah gi karok…
Kali ni lain sikit sebab kitorang dapat bilik besar… Tapi tak la besar gedabak… Cuma besarlah untuk empat orang makhluk… Kali ni juga aku first time menyanyi lagu Korea… Hebat tak??? (Sambil angkat kening beberapa kali…). Aku nyanyi lagu Gee dari SNSD… Hahahahk… Sumpah gedik gila babeng aku… (FYI, aku dah hafal tarian dia… Ada silap sikit-sikit jek… Heheheh…). Dan memandangkan kali ni tak ramai yang ikut, so, makin banyak lagu yang dapat kami dendangkan…
Ininlah lagu Gee... HeheH
Gee Gee Gee Baby Baby Baby...

Eh, hampir terlupa pulak nak cerita pasal hantu yang menyerang kami ketika kami sedang asyik menyanyi… Nama hantu tu aku tak tahu… So, kita akan panggil dia hantu tengkorak hangit… Sebenarnya, hantu tu wujud bersempena dengan Halloween… Tu yang dia menyibuk tuh… Hehehhe… Tapi aku suka hantu tengkorak hangit tu… Hantu tu menawarkan makanan kalau kami menang lawan osom ngan dia… Aku menjadi wakil lawan osom tu… Dan telah menyebabkan kami berempat kalah teruk…(Sebenarnya takde la teruk mana pon... Heheheh… Saje nak over…). So, tak dapatlah makanan free… Heheheh…
Saya suka hantu tengkorak hangit ni walaupun dia cuba kelar leher saya... Hihihi...

Lepas tu, aktiviti karok kami jadi makin gila bila dah last-last tu… Aku pon tak taw nak describe cam mana… Tapi memang gila… Kalau tak percaya, tak apa… Heheheh…
Lepas tu pulak, kami berjalan-jalan lagi sampai kaki lenguh lagi sekali… Then, baru balik… Heheheh… Aku sangat penat dan mengantuk… Jadi, aku terlelap sekejap dalam bas… Tapi tak da feeling pon tidur sebab ko faham-faham je la keadaan dalam bas tu… Cuma aku terlelap jugak sebab terlalu mengantuk… Ya… Memang mengantuk tahap cipan… Syana ngan Ami cakap ada orang sebelah aku tu ingat aku mabuk… Masalahnya, muka aku ni muka pemabuk ke???

Okay, memang muka mabuk… Tapi time ni je… Okaylah, ini sahaja cerita untuk hari ini… Thanx kepada semua kerana menjadikan hidup saya lebih indah pada 17 Oktober 2011 ini… Heheheh… Bye bye bye…

2 comments: